Monday 10 June 2013

KEJOHANAN MAKSPEN 2013

Pada 5-9 Jun 2013 yg lalu, Nor Azrinda telah menyertai kejohanan tersebut di Bandar Penawar,Johor. Pelbagai acara dipertandingkan antaranya bowling,futsal,badminton,pinpong dan lain-lain. Aku mewakili Ketengah untuk sukan bowling dan telah mendapat pingat gangsa. Ketengah telah mendapat tempat ke-2 keseluruhan,yg juara keselruhan ialah Risda.


Sepanjang menghadapi sukan ini, banyak yg aku pelajari, suka,duka, dan sebagainya hinggalah berlangsungnya sukan tersebut. Apa yang dilalui jadi pengajaran dan yg manis jadikan kenangan. Dalam sukan byk perlu diambilkira termasuklah dalam pemilihan pemain yang betul. Dan juga dalam pemilihan tersebut, perlu lah ada sikap yg adil dan profesional kerana akan memberi kesan kepada semua pihak dan jgn jadi pentingkan diri sendiri dan juga ego dgn sikap diri sendiri yg merugikan org lain.


Apa-pun,aku bersyukur kerana telah mendapat gangsa dan tidak sia-sia aku mewakili syarikat ku. Thanks byk2 kpd bos dan staf Ladang Rakyat Trengganu yg byk beri sokongan serta pihak Ketengah yg beri peluang  dan pasukan sorak Ketengah yg amat sporting. Lebih kurang 30 orang atlit dari Ladang Rakyat Trengganu yg menyertai sukan Makspen ini dan syabas kepada anda semua.



Agensi-agensi lain yang amat sporting dan semangat memberi sokongan juga KKLW, KEMAS, sepanjang acara bowling berlangsung, dengan ini sukan Makspen ini juga dpt mengeratkan lagi hubungan sillaturahim. Mereka menunjukkan sikap yg amat baik dengan sikap mesra alam. Tahniah juga kepada semua agensi.


                                                  ERIN, NOOR AIDA , NOREHAN

Setibanya di Bandar Ceneh Baru pada pukul 10 p.m, adik kpd rakanku yg menyertai sukan Pentaque dari Ladang Rakyat Trengganu, Noor Aida meninggal dunia kerana kemalangan pda pkul 10.15p.m. al-Fatihah untuk arwah.







4 comments:

  1. Assalam...Tahniah kepada team KETENGAH kerana menjadi naib juara Makspen ke 12.

    Takziah juga diucapkan kepada yang meninggal dunia semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman....Amiiiiin...

    ReplyDelete
  2. wasalam, terima kasih...ini kejayaan semua pihak dan sy akan sampaikan kpd keluarga arwah,insyallah.

    ReplyDelete
  3. Salam erin. Tahniah kpd pasukan Bowling Ketengah. Jumpa di Keda nanti..huhuhu.Tp akak nak beralih arah dah..main games lain pulak.

    ReplyDelete
  4. Salam....terima kasih...akak nak main game apa plk?

    ReplyDelete