Monday 13 May 2013

Mama....Kasih Mama Membawa Ke Syurga

                                                          tasha, mama, erin         
Semperna hari Ibu,sy juga tidak ketinggalan untuk memgucapkan Selamat Hari Ibu kepada ibu sy, Puan Rohani. Walaupun tidak meraikan,tetapi sudah cukup bgi sy dgn mengucapkan dan bersyukur sgt2 kerana masih ada ibu berbanding org yg telah ketiadaan ibu.

 Betapa besar pengorbanan seorang ibu sejak melahirkan dan membesarkan kita. Mungkin sesekali kita ada berasa hati dgn ibu kita, tp jgn pula membiarkan ibu kita berasa hati dgn kita.segeralah meminta maaf dan mengakui kesilapan andai kata kita menguris hati ibu kita.

Disini,sy ingin berkongsi sedikt, khas untuk semua yg mempunyai ibu tidak kira ibu kita masih hidup atau telah meninggal dunia.

Setiap insan yang hidup di muka bumi pasti mempunyai ibu. Ibu adalah insan yang mengandungkannya dan melahirkan serta membesarkan kita menjadi insan sempurna.
"Maka rasa sakit akan melahirkan anak memaksa ia (bersandar) pada pangkal pohon kurma, ia berkata: "Aduhai, alangkah baiknya aku mati sebelum ini, dan aku menjadi sesuatu yang tidak berarti, lagi dilupakan". Surah Maryam: 23.
Ibu menyusukannya pula dengan penuh kasih sayang, membesarkan, mendodoikan dan menjaga anak-anak dengan sepenuh jiwa raga.
Keseluruhan hidup insan akan sentiasa melibatkan ibunya. Tidak pernah putus belas kasih, sayang dan sumbangan ibu kepada anaknya sejak sebelum lahir sehingga mencecah usia insan itu pada hari ini.
Darjat ibu sangat tinggi. ALLAH subhanahu wata'ala selalu berfirman di dalam al-Quran tentang kepentingan menghormati ibu dan bapa. Antaranya:
"Sembahlah ALLAH, janganlah kamu mempersekutukanNYA dengan sesuatu pun dan berbuat baiklah kepada dua orang ibu dan bapa kamu." - Surah an-Nisa: 36.
Katakanlah: Marilah kubacakan apa yang diharamkan TUHANmu terhadapmu, iaitu janganlah kamu mempersekutukan sesuatu denganNYA dan berbuat baiklah terhadap kedua ibu dan bapa." - Surah an-An'am: 151.


Tuntutan menghormati ibu dan bapa sangat penting sehingga ia sering disebutkan di dalam al-Quran secara bergandingan dengan ketaatan kepada TUHAN. Taat ALLAH, berbuat baik kepada ibu bapa. Iaitu, ia perkara yang paling penting selepas taat kepada ALLAH.
"SIAPA yang lebih berhak menerima cinta dan jagaan saya di dunia ini?" Seorang pernah bertanya Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam.
"Ibu kamu," jawab Nabi.
"Dan siapa lagi?" "Ibu kamu," Nabi mengulangi.
"Selepas itu siapa?" orang itu bertanya lagi.
"Ibu kamu," kata Nabi buat kali ketiga.
"Dan selepas itu?"
"Selepas itu ayah kamu." Riwayat Al-Bukhari dan Muslim.
Di dalam berapa surah Al-Quran adalah ditekankan mengenai dengan keperluan tuntutan anak kepada ibubapa tetapi penekanan adalah kepada ibu:
"... Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada dua ibu bapanya. Ibunya telah mengandungkannya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan..." (Surah Luqman, ayat 14), "... Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapanya. Ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah..." (Surah Al-Ahqaf, ayat 15).
Di dalam Al-Quran, seorang anak yang salleh yang tidak mempunyai bapa tetapi hanyalah seorang ibu ialah Nabi Isa AlaihiSalam. Siapa yang telah dikatakan sebagai taat kepada ibunya dan tidak menjadikannya sebagai seorang yang sombong takabbur ataupun celaka..." (Surah Maryam, Ayat 32).
                                       tasha, mama, erin
                                                                          my family

                                                                      ikah, mama

                                                                     love u mom
                                                         mak sy jgk.......


No comments:

Post a Comment