Monday 6 October 2014

PROMOSI CADAR PATCHWORK 100%

Cadar patchwork 100% cotton yg erin jual ini sgt lembut dan murah....RM 130.00 INC POS...
Stok Oktober - November 2014....
jom wassap 0199589155 atau fb: erinqaleesya or https://www.facebook.com/nor.azrindaahmadsabri









Monday 26 May 2014

KEDAI RUNCIT

Sebelum membuat keputusan untuk mengusahakan perniagaan runcit, pastikan;
  • Anda belajar selok-belok perniagaan ini dari mereka menjalankan perniagaan yang sama.

  • Anda belajar tentang asas-asas perniagaan bagi membolehkan anda mendapat pengetahuan secukupnya dalam setiap sudut perniagaan ini.

  • Anda perlu belajar daripada pengalaman orang lain dari terus kekal dengan idea sendiri kerana mungkin idea tersebut tidak semestinya praktikal.

  • Seseorang usahawan itu mesti 'hands-on' dalam mengusahakan perniagaan.

  • Jangan terlebih atau terkurang dalam membayar gaji kakitangan anda.Bayarlah gaji mereka mengikut kadar yang berpatutan.

  • Apabila anda membuat keputusan untuk terlibat dalam perniagaan, lakukan dengan betul dan berdisplin serta penuh komitmen.Usahalah perniagaan anda dengan sepenuh hati.

  • Beri sepenuh tumpuan dalam perniagaan. Jangan mempelbagaikan perniagaan ke bidang lain menggunakan wang dari perniagaan yang sedia ada. Elakkan dari perkara penting ini.

  • Dalam perniagaan, jangan bersikap terlalu baik hati. Dalam kehidupan, anda tidak boleh terlalu baik dengan orang lain.

  • Anda perlu prihatin terhadap kos.Jangan membelanjakan wang hasil kerja keras anda ke atas perkara-perkara yang tidak berfaeadah.

  • Jangan campur-aduk perbelanjaan perniagaan dengan perbelanjaan peribadi.

  • Anda perlu menunjukkan kepada kakitangan anda yang anda faham dan tahu serba serbi tentang perniagaan anda. Ini menjadikan mereka tidak berani berbohong atau menipu anda.

  • Usahalah perniagaan yang membezakan anda dari orang lain yang terlibat dalam perniagaan yang sama. Jadikan perniagaan anda sesuatu yang istimewa dan unik untuk berbeza anda dari orang lain.

  • Jangan jalankan perniagaan dalam premis milik anda yang boleh di sewa dengan kadar yang tinggi. Sebaliknya carilah premis yang lebih murah yang bersesuaian dengan dengan bajet anda.

  • Apabila menyewa , rancang dan buatlah bajet yang betul bagi memastikan kadar sewa premis mengikut bajet anda. Jangan menyewa di tempat yang mahal walaupun ianya merupakan tempat yang stragetik.

  • Sebelum mencari lokasi perniagaan anda, buatlah perancangan, sediakan bajet dan aliran wang tunai, dapatkan pengesahan-pengesahan yang perlu (seperti pinjaman bank, lesen-lesen), sebutharga dan lain-lain perkara terlebih dahulu. Lokasi yang baik tidak akan menunggu anda.

  • Rancanglah perkara-perkara diluar jangkaan anda.Mengikut hukum Murphy, banyak perkara boleh berlaku secara tidak dijangka, hanya anda cuma perlu bersedia untuk menghadapinya.

  • Ambil insuran untuk melindungi stok, mesin pembayar (cash register), tunai runcit, komputer, sistem amaran dan apa-apa yang perlu diinsurankan.

  • Sentiasa berwaspada dengan risiko perniagaan seperti cap dagangan, bomba, bandaraya dan isu-isu pasar malam.

  • Tiada salahnya jika anda menjalankan perniagaan bersebelahan dengan pesaing anda sekiranya anda tahu kekuatan diri anda dan kelemahan pesaing anda.

  • Dalam perniagaan, berhati-hati dengan nisbah keumpilan. Nisbah keumpilan penting kerana pinjaman mempunyai kadar bunga. Jangan gunakan aliran tunai dari pinjaman bank.Simpanlah untuk kegunaan masa hadapan.

  • Anda perlu berhati-hati dan bertanggungjawab terhadap diri anda.

  • Amalkan etika perniagaan yang baik.Ia akan menjadi contoh kepada orang lain dan ia akan mempermudahkan kawalan dan pemantauan ke atas perniagaan anda.
  •  

Monday 21 April 2014

JURURAWAT MASYARAKAT LEPASAN SPM

Entry ini adalah khas utk adikku yg bakal lepasan SPM nanti..aku berharap sgt dia dpt jadi nurse...hehe, tp kalau dia tidak minat,aku x boleh buat apalah...ini sedikit inform yg aku dpt dari SPA untuk adikku.


                    








Latihan Jururawat Masyarakat



Jantina: Perempuan sahaja



Tempoh Latihan: 2 tahun 6 bulan



Biasiswa Semasa Latihan: RM755.06 sebulan



Kem/Jab: Kementerian Kesihatan Malaysia



Tempat Latihan:

  • Kolej Jururawat Masyarakat, Pasir Mas, Kelantan
  • Kolej Jururawat Masyarakat, Jerantut, Pahang
  • Kolej Jururawat Masyarakat, Kluang, Johor
  • Kolej Jururawat Masyarakat, Batu Pahat, Johor
  • Kolej Jururawat Masyarakat, Segamat, Johor
  • Kolej Jururawat Masyarakat, Port Dickson, Negeri Sembilan
  • Kolej Jururawat Masyarakat, Kulim, Kedah
  • Kolej Jururawat Masyarakat, Bukit Mertajam, Pulau Pinang
  • Kolej Jururawat Masyarakat, Serian, Sarawak
  • Kolej Jururawat Masyarakat, Tawau, Sabah


Syarat Latihan:

i) Warganegara Malaysia



ii) Umur:
  • Calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 17 tahun tetapi tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan.
  • Pegawai sedang berkhidmat (bukan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan) dalam Perkhidmatan Awam/Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan yang telah disahkan dalam perkhidmatan hendaklah berumur tidak melebihi 38 tahun pada tarikh tutup permohonan.


iii) Kelayakan:
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan
  • Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


iv) Keutamaan:
  • Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu dan Sains/Sains Paduan serta lulus mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Matematik.
  • Mempunyai kesihatan fizikal dan mental yang baik serta tidak mengalami kecacatan yang boleh menyebabkan calon tidak sesuai menjalankan tugas selepas tamat latihan;




Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan:

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Atendan Kesihatan/Pembantu Perawatan Kesihatan adalah layak dipertimbangkan secara Kenaikan Pangkat Secara Lantikan untuk mengikuti Latihan Jururawat Masyarakat apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
  • mempunyai kelayakan di para (iii) di atas; dan
  • berumur kurang dari 51 tahun pada tarikh lantikan.


Perhatian:

Pelatih-pelatih yang telah tamat latihan di peringkat sijil akan diperakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk dilantik ke jawatan Jururawat Masyarakat Gred U19.

SOAL JAWAB: IBU BAPA SAKITKAN HATI ANAK?

Seorang Muslim adalah dilarang menyakiti Muslim yang lain.. tak kira la menyakitinya dari sudut fizikal ke, mental ke.. juga tak kira la sama beliau itu saudara mara ke, kawan2 ke, orang asing ke.. juga kita dilarang menyakiti sesama manusia, haiwan dan tumbuhan tanpa sebab yg dibenarkan syarak.
Jika ibu bapa memang saja2 je nak menyakiti hati anak, sama la situasinya.. itu juga dilarang.. kecuali la kalau ibu bapa tak berniat pun nak sakitkan hati anak, tapi anak tu yg terlalu sensitif.. tegur sikit dah tecit hati.. terus keluar rumah la, masam muka dengan mak ayah la..
Dalam Islam, hak ibu bapa itu lagi besar daripada hak anak2.. maknanya, tahap ibu bapa itu lagi tinggi.. jika seorang anak membunuh bapanya, maka anaknya itu boleh dikenakan hukuman qisas (bunuh balas).. tetapi jika bapa membunuh anaknya, maka bapa itu tak dikenakan hukum qisas.. sbb bapa itu dikira usul (tunjang) keluarga..
Begitu juga dalam bab harta.. anak2 tidak boleh mengambil harta ibu bapa (spt yg banyak berlaku sekarang ni.. harta bapa ditukar nama, kemudian sang bapa dihantar ke rumah orang tua), tetapi bapa boleh mengambil harta anak2nya walaupun tanpa pengetahuan anaknya.. Kiranya untuk bapa ini, hartanya adalah hartanya, harta anaknya juga adalah hartanya.
Buat la baik mcm mana pun, ia langsung tak dapat menyamai kebaikan ibu bapa.. Jahat la ibu bapa macam mana pun, ianya tidak menghakis pengorbanan besar yg mereka telah lakukan terhadap anak2.
Jika kita sibuk memikirkan persoalan hati kita, pernahkah kita bayangkan persoalan hati ibu bapa? Kita bukan lahir2 1 2 jam dah boleh berjalan macam anak lembu.. ambil masa berbulan, baru bleh meniarap.. bertahun baru boleh berjalan.. bertahun juga baru bercerai susu dan lampin.. itu pun kerja dok terkencing atas tilam je masa mula2 belajar tak pakai pampers.. Siapa agaknya yg tolong basuhkan berak, cucikan pakaian dan tilam yg terkena najis anak2.. siapkan susu.. tak tido malam sbb anak2 menangis nak susu, nak ajak main dsb? Ibu tak terasa hati pun dengan semua tu, walaupun beliau masih lagi lemah (sbb darah nifas masih keluar), tido tak tentu masa.. semua tu dilakukan dengan penuh kasih sayang.. anak berak pun dikatakan comel.. berapa lama agaknya masa kasih sayang itu berterusan?
Bila kita dah besar sikit (dan sepatutnya menggalas tanggungjawab untuk membantu mengurus rumah), kita selalu sakit hati dengan kata2 ibu dan bapa.. padahal mereka cuma berkata2.. mereka tak kencing kat baju kita.. mereka tak suruh pun kita basuh punggung mereka.. mereka tak kencing merata2 nak buat kita susah nak cuci.. mereka juga tak minta kita suapkan makanan, pakaikan lampin.. tolong buatkan susu tengah malam dsb..
Mereka cuma berkata2 je.. dan kebanyakan kata2 mereka itu memang betul dan kena tepat atas batang hidung kita.. itu yang buat kita tak puas hati.. sampai kita plak terasa nak membalasnya supaya ibu bapa sedar diri.. padahal sepatutnya yg kena sedar diri di sini adalah kita, bukan mereka.. sbb ibu bapa kedudukannya sangat tinggi, dan anak yg bertahap rendah ni tak payah la perasan dah cukup bagus untuk mengecilkan hati mereka.
Kalau bos bagi arahan kat pejabat, cepat je kita buat.. sbb kita sedar ‘tahap’ bos tu kat mana, ‘tahap’ kita ni kat mana.. Tapi kalau ibu bapa yg suruh dan bagi arahan, jangan kata nak buat, kita pertikaikan lagi.. kalau buat pun, dengan muka yg tak puas hati..
Kalau mak marah, apa salahnya kita diam dan dengar.. perangai mak2 memang macam tu.. Kadang2 kita tak tahu apa yg ditanggung oleh mak.. bila rumah tak kemas, mungkin ayah tengok dan marah kat mak.. sbb mak tak pandai nak urus rumah.. kita memang la tak tahu, sbb ayah marah mak dalam bilik.. jadi bila mak marah kita balik, memang padan la sbb yg buat sepah itu adalah kita sendiri.
Tak perlu nak kecik2 hati dengan mak.. jika betul kita sayangkan mak, kasih sayang itu lebih besar daripada rasa kecik hati kita.. mak buat apa pun, insyaAllah kita takkan terasa hati..
Bila mak marah, apa kata terus pergi peluk mak kuat2.. cakap kat mak “i love u”.. insyaAllah, akan terpadam la api kemarahannya.. dan mungkin beliau akan berkata : “Apa kao dah buang tebiat?”.. kihkih

 kalau kita nak melihat dari sudut negatif, ianya memang nampak negatif. Tapi, kalau kita nak tengok dari sudut positif, insyaAllah, kita akan nampak sisi positifnya.
Jadi, bila ibu ini lebih rapat dengan anak lelaki dan melebihkan mereka, ia sebenarnya lumrah seorang ibu terhadap anaknya.. bukanlah beliau tak sayangkan anak2 perempuannya, cuma mungkin caranya itu tak sama dengan layanannya kepada anak lelaki.

Bila ibu sakit, maka memang kebiasaannya anak perempuan yang akan menjaganya.. Ini kerana, ianya dapat menutup aurat ibu itu sendiri.. sbb anak perempuan itu akan melakukan perkara2 yg agak memalukan bagi ibu seperti tolong basuk berak, tolong mandikan, pakaikan pampers dsb.. sebaliknya, jika bapa pula yg sakit, maka anak lelaki lebih patut untuk melakukan urusan penjagaan bapanya yang sakit itu.
Jadi, tidaklah boleh kita mempertikaikan atau mengungkit tentang ‘jasa’ kita menjaga ibu atau bapa bila mereka tidak menghargainya.. sedangkan pengorbanan yg mereka lakukan untuk kita (amik part mengandung dan beranak je.. belum masuk mendidik dan menjaga dari kecil sampai tua bangka) itu pasti tidak akan terbalas walaupun banyak mana jasa yg kita buat..

Susah2 kita menjaga ibu bapa yg sakit, tidaklah sampai mengancam nyawa kita sendiri.. sebaliknya, sang ibu itu bila melahirkan anak, beliau bertarung dengan nyawa demi untuk melihat kita lahir ke dunia hidup2.. sang ayah plak cuma setakat menolong mensenyawakan je.. takde kaitan dengan nyawa pun.. tapi, pengorbanan beliau mencari nafkah dan memberikan kasih sayang itu, memang tak mampu kita nak membalasnya.
Maka, dalam hal berkaitan ibu bapa ini, janganlah menjadikan mereka ini musuh kita.. pandanglah segala kebaikan yg pernah mereka lakukan kepada kita.. jagalah hati mereka.. kerana mereka ini cuma ada satu pasang je kat dunia ni.. tak mcm baju raya, bleh tempah 3 pasang.. langsir bleh tempah 18 pasang.. tapi, ibu bapa hanya ada sepasang.. hilang yg sepasang itu, memang dah takde gantinya..
Apalah sangat kita nak menahan perasaan kita (akibat tersinggung dengan perlakuan ibu / bapa) selama beberapa tahun lagi sementara mereka masih lagi hidup, berbanding dengan ganjaran yg akan kita perolehi di akhirat nanti.. di dunia lagi, insyaAllah, Allah akan tunjukkan bagaimana berkatnya hidup seseorang yang taat kepada ibu bapanya.



Wednesday 26 March 2014

HADAPI MASALAH DAN DUGAAN DENGAN TENANG



Setiap individu baik remaja, dewasa atau orang tua, sudah semestinya pernah menghadapi masalah dalam hidup. Kata orang hidup tanpa masalah bukan hidup namanya. Berlegar dari masalah yang paling besar hinggalah masalah yang paling kecil, semuanya tetap dinamakan masalah. Cuma masalah yang dihadapi oleh seseorang itu berbeza. Bagaimana cara untuk mengatasinya juga adalah juga satu masalah. Namun hakikatnya setiap masalah pasti ada jalan keluarnya. Biasanya sebelum masalah itu selesai kita akan berasa sangat tertekan, hampir putus asa kerana tidak tahan menghadapinya.

Antara masalah yang wujud di persekitaran kita ialah  masalah kemiskinan, kehilangan orang tersayang, masalah cinta, pertengkaran dengan ibu bapa, corot dalam peperiksaan serta beribu-ribu masalah lagi. Masalah juga boleh menyumbang kepada masalah yang lain, contohnya masalah remaja yang tidak tahan dengan leteran ibubapanya boleh membawa remaja itu kepada masalah lepak, pergaulan bebas, dirogol, diculik dan juga mungkin dibunuh. Masalah yang kecil apabila tidak ditangani dengan baik boleh membawa kepada mudarat yang amat besar.

Setiap hari kita tidak akan terlepas dilanda dengan masalah, sekiranya bukan kita yang bermasalah, orang lain pula yang mendatangkan masalah. Oleh itu kita perlu bersedia menghadapi permasalahan tersebut dan cuba mencari kaedah untuk mengatasinya. Sempena kedatangan bulan Ramadhan dan Syawal yang mulia ini, mari kita renung sejenak apa sebenarnya maksud setiap masalah itu, kaedah untuk mengatasinya serta panduan menghadapi masalah dengan tenang.

UJIAN IMAN
Masalah sebenarnya adalah ujian Allah kepada kita untuk mengukur sejauh mana tahap keimanan dan ketakwaan kita terhadap-Nya. Sebab sebagai manusia kita sering terlupa serta lalai dengan tanggungjawab kita sebagai hamba Allah apabila hidup kita sentiasa dilimpahi kesenangan dan kemewahan. Lebih-lebih lagi ketika usia remaja, hidup penuh dengan keseronokan dan sentiasa ingin mencuba sesuatu yang baru walaupun perkara itu jelas haram di sisi agama dan menyalahi undang-undang dunia, contohnya mengambil dadah dan hanyut dengan maksiat, dengan adanya ujian seperti ini, ia akan kembali mengingati  apakah hidup kita selama ini mengikuti peraturan atau landasan yang telah ditetapkan oleh Allah ataupun telah jauh menyimpang.

Setiap masalah, kesukaran, kesakitan dan apa jua yang menyeksa jiwa adalah merupakan ujian dari Allah untuk menguji sejauh mana iman kita. Iman perlu kepada ujian. Ini jelas sebagaimana maksud firman Allah  :

"Adakah manusia itu menyangka bahawa mereka dibiarkan saja  mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta."  ( al-Ankabut: 2 - 3)
DARJAT DI SISI ALLAH
Ujian atau dugaan yang datang adalah dari Allah, sama ada ujian itu sebagai ‘kifarah’ dosa yang telah kita lakukan atau untuk mengangkat darjat kita di sisi-Nya. Allah juga tidak menduga hamba-hamba-Nya tanpa mengambil kira kesanggupannya atau keupayaan mereka untuk menghadapinya, ujian dan dugaan yang diturunkan Allah kepada hambanya adalah seiring dengan keupayaan individu itu untuk menyelesaikan masalahnya. Ini bersesuaian dengan firman Allah dalam surah al-Baqarah:286 yang bermaksud“ Allah tidak membebankan  seseorang melainkan dengan kesanggupannya”.

Oleh itu  sekiranya kita berhadapan dengan masalah, cubalah bawa bertenang, bersabar dan setkan dalam minda bahawa kita sedang diuji oleh Allah, orang yang melepasi ujian itu adalah orang yang berjaya dan mendapat kedudukan yang mulia di sisi Allah.

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan Syurga untuk mereka."  ( at-Taubah: 111)

CARA MENGATASI MASALAH

1.Sandarkan Harapan Pada Allah
 Setiap ujian yang datang sebenarnya mempunyai banyak hikmah di sebaliknya. Yakinlah bahawa setiap kesusahan yang kita tempuhi pasti akan diganti dengan kesenangan. Ini bersesuaian dengan firman Allah dalam surah al-Nasyrah ayat 1hingga 8 yang antara lain maksudnya “ …Sesungguhnya selepas kesulitan itu pasti ada kemudahan….”

"Cukuplah Allah bagiku. Tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya
kepada-Nya aku bertawakal."( At-Taubah: 129)

2.Minta Pertolongan Dari Allah
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan yang sabar dan dengan mengerjakan solat; dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk." ( al-Baqarah: 45) 

3.Jangan Sedih dan Kecewa
"Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang-orang yang beriman." ( al-Imran:139)

Yakinlah dengan janji Allah itu dan jangan cepat putus asa dengan masalah yang dihadapi sebaliknya tingkatkan usaha dan kuatkan semangat untuk mengatasinya, lihat maksud firman Allah di bawah:

...dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir”( Yusuf : 12)

4.Luahkan masalah tersebut pada teman-teman yang dipercayai, walaupun dia mungkin tidak dapat membantu, tetapi sekurang-kurangnya ia dapat meringankan beban yang kamu tanggung.

5.Bandingkan masalah kita dengan masalah orang lain, mungkin masalah orang lebih besar dari masalah kita, perkara ini juga boleh membuatkan kita lebih tenang ketika menyelesaikan masalah.

Penutup
Ujian yang datang  juga tandanya Allah sayangkan kita. Jadi ambillah masa untuk menilai diri dan meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah dalam apa jua yang kita lakukan. Lakukanlah untuk mencari redha Allah. Fikir dengan positif bahawa setiap dugaan datang dari Allah dan pasti ada hikmah yang tersendiri.

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." – (al-Baqarah: 216)

Monday 24 March 2014

8.2.2014 -PERKAHWINAN ERIN DAN KROL

Syukur alhamdulillah, sy sah menjadi isteri kepada Mohd Khairudin pada 7.2. 2014 dan majlis kahwin pada 8.2.2014. Hampir 7 tahun perkenalan kita, akhirnya kita bersatu. Pelbagai dugaan dan rintangan sepanjang perkenalan kita dan terima kasih abg kerana byk bersabar dgn kerenah isterimu ini...hehehe....










Tuesday 18 March 2014

JAKARTA-BANDUNG

Travel yg disponser oleh syarikatku Ladang Rakyat Trengganu.....semua ditanggung dan siap bg duit poket tu...hehe...rezeki,syukur.....

Dah lama nak upload gambar ni, tp x sempat. Ni gambar2 kenangan2 manis kat sana....



                                      shopping ke mama,aboh,abg dan adik2......





                                     






kenangan bersama rakan-rakan sekerja.......................




Monday 10 March 2014

MENANGANI KESUSAHAN DAN KESEDIHAN CARA ISLAM

Waktu menulis blog ini, aku mengalami kesusahan dan kesedihan. Walaubagaimanapun, aku selalu ingat yang hidup kita ni hanya sementara dan dipinjam oleh Allah s.w.t. Oleh itu, walaupun susah setara mana,insyallah akan aku lalui dengan sebaik2nya dan selalu mengingati Allah s.w.t. Selain solat dan berdoa, aku juga mencari sedikit panduan untuk aku menangani kesusahan dan kesedihan yg dialami. Disini aku kongsikan artikel berkenaan untuk dikongsi dengan org lain jgk.


Dunia pekerjaan memang memberikan pengaruh yang cukup terkesan dalam kehidupan. Apa tidaknya, satu pertiga daripada kehidupan seharian diluangkan di tempat kerja.
Tekanan disebabkan pekerjaan merupakan interaksi kompleks di antara persekitaran di tempat kerja, personaliti dan reaksi tubuh badan dan mental seseorang. Persekitaran pekerjaan memberikan desakan dan tekanan tertentu yang merangsang tindak balas individu secara mental dan fizikal.
Tugas yang terlalu banyak, hubungan dengan rakan sekerja yang tidak baik, ketua yang suka marah-marah dan suasana kerja yang tidak selesa adalah contoh persekitaran kerja yang memberi tekanan negatif. Tekanan ini seterusnya memberi impak terhadap kesihatan psikologi dan fisiologi seseorang individu sekiranya ia tidak ditadbir dan tidak dikawal dengan metodologi yang tepat.

Banyak implikasi negatif berlaku apabila seseorang tidak dapat mengawal tekanan kerjanya. Panas baran, murung, gelisah, kelesuan, sentiasa rasa bersalah, ketakutan, dan hilang tumpuan adalah antara kesannya.
Kadang kala, ada dalam kalangan kita yang mencari jalan singkat dan salah dalam mengatasi tekanan seperti ponteng kerja, melakukan masalah disiplin di tempat kerja, merokok, meminum arak dan sebagainya.
Berlaku juga kes-kes di mana individu yang tertekan di tempat kerja melepaskan tekanan di rumah yang mewujudkan pula masalah rumahtangga seperti pertengkaran dengan pasangan hidup, mendera anak, dan sebagainya.

Sebagai seorang Muslim, kita perlu sedar bahawa kaedah terbaik menangani tekanan kerja sebegini adalah dengan berpegang erat kepada ajaran dan syariat Islam.
Islam telah menetapkan bahawa seseorang yang menghadapi tekanan dan kesusahan perlulah bersabar, tenang, sentiasa rasional dan yakin dengan ketentuan Allah SWT.
Allah SWT telah memberikan panduan terbaik dalam menangani tekanan sebegini melalui firman-Nya dalam surah al-Baqarah ayat 155-156, maksudnya: "Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar (iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."
 
Sebagaimana ketentuan Allah SWT bahawa setiap apa yang ada di dunia ini berpasangan, seperti mana siang dan malam atau lelaki dan perempuan, begitu jugalah kesenangan dan kesukaran atau rahmat dan dugaan. Kita harus menerima hakikat bahawa kehidupan manusia akan selalu diuji oleh Allah SWT.
Kita perlu meletakkan keyakinan bahawa ujian seperti tekanan kerja sebegini adalah bertujuan untuk memantapkan nilai-nilai keimanan, ketaqwaan, kesyukuran dan rasa cinta kita kepada-Nya.
Apabila kita yakin, dengan izin Allah SWT, segala permasalahan yang membelenggu diri akan dirungkaikan dan akhirnya kita berjaya menghadapi tekanan dengan tenang dan berjaya.
Ini selaras dengan firman Allah SWT dalam surah al-Fath ayat 4 maksudnya: "(Tuhan yang membuka jalan kemenangan itu) Dialah yang menurunkan semangat tenang tenteram ke dalam hati orang-orang yang beriman supaya mereka bertambah iman dan yakin beserta dengan iman dan keyakinan mereka yang sedia ada; pada hal Allah menguasai tentera langit dan bumi (untuk menolong mereka); dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.'


Banyak kaedah menghadapi tekanan kerja berlandaskan ajaran Islam yang cukup berkesan untuk diamalkan. Pertamanya, menjaga solat fardu lima waktu dan memperbanyakkan solat sunat.
Banyak kajian pakar psikologi barat sendiri yang telah memperakukan fadilat solat dalam memberi ketenangan jiwa dan pemikiran seseorang. Menurut kesimpulan beberapa kajian sarjana barat, secara saintifiknya solat merupakan suatu tempoh masa 'aman dan damai' di mana seluruh tubuh dan minda seseorang terfokus kepada sesuatu (kepada Allah SWT).
Gerakan-gerakan dan keadaan minda dalam solat berupaya menghalang pengaliran keluar hormon-hormon seperti Cortisol, Epinephrine dan Norepinephrine daripada kelenjar adrenalin yang bertindak balas terhadap sebarang tekanan.
Solat turut membantu memberi intervensi positif terhadap sistem pernafasan, aliran oksigen dalam badan, degupan jantung, dan gelombang otak.

Daripada konteks Islam, dengan mendirikan solat fardu lima waktu dan dilengkapkan dengan amalan solat-solat sunat yang pelbagai, seseorang itu akan diberikan pertolongan oleh Allah SWT dalam sebarang kesukaran seperti mana firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 153 maksudnya: "Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar.'
 
Keduanya dengan amalan berzikir seperti bertakbir, bertahmid, bertasbih dan sebagainya merupakan amalan yang mampu menenangkan jiwa sebagaimana jaminan Allah SWT dalam surah ar-Ra'd ayat 28 maksudnya: "(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.'
 
Ketiganya, mengamalkan mendengar, membaca dan menghayati akan tafsir al-Quran. Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa, 'al-Quran adalah penawar kepada kesakitan minda' (riwayat Bukhari).
Membaca al-Quran sendiri memberikan ketenangan kepada pembaca malah kepada sesiapa yang mendengar bacaannya apatah lagi jika ayat-ayat Allah itu difahami, dihayati dan dijadikan panduan dalam kehidupan. Ini adalah kerana al-Quran (dan al-hadith) merupakan sumber teragung dalam merungkaikan segala permasalahan manusia.

Keempatnya, meletakkan keyakinan bahawa kehidupan dunia ini adalah sementara dan akhirat jua tempat yang kekal selama-lamanya.
Dengan cara ini, jiwa akan terasuh untuk menyedari bahawa apa sahaja yang berlaku di dunia ini baik ia bersifat positif ataupun negatif adalah sekadar 'warna kehidupan dunia yang tidak kekal lama' dan akan mendapat balasan yang setimpalnya di akhirat kelak.
Tekanan yang dihadapi di tempat kerja akan menjadi sesuatu yang terlalu kerdil jika dibandingkan dengan apa yang akan dihadapi di Padang Mahsyar kelak. Diri kita akan sentiasa takutkan azab api neraka dan berusaha mencari keredhaan-Nya dan dimasukkan ke dalam syurga.

Kelimanya, dengan amalan berdoa, memohon keampunan dan menyerahkan segala apa yang telah diusahakan bagi mengatasi tekanan diri untuk ketentuan-Nya. Allah SWT berfirman dalam surah al-Ghaafir ayat 60 bermaksud: Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina."

Jika diri kita telah bersungguh-sungguh cuba mengatasi tekanan, mengikut saluran dan kaedah yang tepat, maka kita juga perlu bersifat tawakkal dan ikhlas menerima segala ketentuan-Nya.
Kesimpulannya, walau sebesar manapun masalah atau kesukaran yang menyumbang kepada tekanan di tempat kerja, kita perlu sedar bahawa ianya boleh dihadapi dengan jayanya jika tindak-tanduk kita menepati syariat Islam.

Firman Allah SWT dalam surah al-Fajr, ayat 27-30 yang bermaksud: "Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredai (di sisi Tuhanmu). Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia. Dan masuklah ke dalam Syurgaku." Jika hati dan pemikiran kita sentiasa bersandarkan kepada sifat tawaduk, yakin dan syukur kepada Allah SWT, maka diri kita akan diberikan petunjuk dan hidayah-Nya dalam menangani segala tekanan tersebut.


Saturday 8 March 2014

Tuesday 4 March 2014

CARA-CARA NAK URUS DUIT DALAM KELUARGA


Kalau kita tidak merancang, maka kita merancang untuk gagal.
 
Kemahiran menguruskan wang, sama seperti kemahiran menjadi ibu bapa tidak diajar di sekolah-sekolah mahupun universiti. Sedangkan kita mula menguruskan wang sendiri sepenuhnya sejak memperoleh gaji / pendapatan sendiri sehinggalah kita meninggal dunia kelak.
Berikut adalah 8 langkah untuk tuan puan yang serius menguruskan wang dengan bijak dan sistematik.

1. Mempunyai Matlamat Kewangan
Kita semua mesti tahu apa yang kita mahu. Apakah yang kita mahukan apabila menjelang usia persaraan yang barangkali lagi 10, 20, 30 tahun akan datang? Pengurusan kewangan yang baik membabitkan matlamat kewangan jangka masa panjang. Ibaratnya macam kita mahu menanam pokok durian.

Apabila kita mempunyai satu pandangan jauh, kita telah menetapkan langkah yang betul untuk berjaya. Kerana itulah Islam menyuruh kita berfikir mengenai mati, kerana keyakinan kita mengenai syurga neraka, kehidupan alam akhirat menyebabkan kita bersungguh-sungguh bekerja dengan penuh amanah di dunia.

2. Mempunyai Sumber Pendapatan yang Mencukupi
Dalam surah Yusuf, ayat 47 menyebut kepentingan menanam selama 7 tahun dengan bersungguh-sungguh.
Ya, dengan bersungguh-sungguh.
Dalam erti kata lain, sama ada kita makan gaji atau bekerja sendiri kita perlu benar-benar berjaya (termasuklah memperoleh gaji tinggi) dalam bidang kita. 7 tahun zaman senang itu tadi adalah untuk menghadapi 7 tahun zaman susah.
Jika kita tidak mempunyai pendapatan yang mencukupi maka kita tidak dapat menyimpan seterusnya mengumpul aset-aset kekayaan. Apakah mempunyai hanya satu sumber pendapatan telah mencukupi? Bagaimana kita dapat menambah pendapatan sampingan?

3. Simpan Sebelum Belanja
Ayat 47, surah Yusuf juga menyebut dengan jelas hasil-hasil tanaman itu tadi disimpan dalam bentuk tangkai, selepas menyimpan barulah selebihnya kita belanjakan untuk hidup. Kita perlu menangguhkan kepuasan terlebih dahulu.

Sekiranya kita membelanjakan semua pendapatan kita terlebih dahulu dan jika ada lebih baru kita mahu simpan, maka itulah langkah paling berkesan untuk mencipta masalah kewangan yang kronik.
Gaji – simpanan = belanja.
Mudah.

4. Berbelanja dengan Bijak
Kita perlu mengenal pasti keutamaan perbelanjaan kita. Setelah kita menyelesaikan keperluan-keperluan asas hidup iaitu untuk makan, minum, pakaian, tempat tinggal, pendidikan, kesihatan maka kita perlu pastikan kita mengumpul aset-aset terlebih dahulu. Dalam hal ini, penyata kewangan memainkan peranan penting untuk kita menguruskan kewangan. Angka-angka dalam penyata kewangan dapat memberi petunjuk kepada kita sama ada pembelian ‘harta’ kita adalah bersifat aset atau pun liabiliti .
Penyata kewangan juga dapat menentukan sama ada kita patut menumpukan membaiki aliran tunai atau dapat fokus menambah aset-aset untuk tujuan capital gain.

5. Menguruskan Risiko Kewangan
Risiko adalah sesuatu yang tidak dapat dihapuskan sepenuhnya. Apa yang kita dapat buat adalah menguruskan risiko tersebut dengan efektif. Bagi kebanyakan orang, cara paling mudah menguruskan risiko kewangan adalah dengan membeli produk-produk takaful.
Dan untuk menjadi seorang yang betul-betul berjaya dalam pengurusan kewangannya, ilmu adalah sangat penting kerana produk takaful tidak mampu menguruskan semua risiko kewangan kita. Adakah ada produk takaful yang dapat melindungi kita dari inflasi, kejatuhan harga saham atau kemerosotan bisnes?

6. Membayar Zakat (… dan cukai!)
Zakat dan sedekah merupakan proses 3+1. Dengan banyak memberi, kita dapat menyucikan harta, melindungi harta dan mengembangkan harta sekaligus. Harta-harta yang kita beri ini sama sekali tidak berkurangan, malah semakin bertambah dengan cara yang Allah sahaja yang tahu.

Manakala cukai pula, suka atau tidak kita pasti membayarnya! Duit itulah yang membolehkan kerajaan memberikan kita jalan, sekolah, longkang, hospital dan keperluan lainnya … untuk rakyat.

7. Membuat Pelaburan yang Bijak
Simpanan yang kita telah buat itu adalah untuk dijadikan modal pelaburan. Tujuan pelaburan kita adalah untuk kegunaan menunaikan haji, tabung persaraan, tabung pendidikan anak-anak, tabung percutian dan apa-apa sahaja matlamat kewangan kita.
Kita perlu tahu menyusun strategi pelaburan dengan bijak. Sama seperti permainan bola sepak, ada strategi menyerang seperti 4-3-3, ada strategi bertahan sepeti 5-4-1 mahupun false-nine (4-6-0) berdasarkan kelas aset tertentu.

8. Membahagikan Harta
Setelah kita berjaya mengumpul harta, jangan lupa menyediakan exit strategy ini kerana kita semua pasti mati. Selain faraid, kita ada instrumen-instrumen tertentu seperti wasiat, hibah, wakaf yang dapat menentukan ke mana harta kita selepas mati.
Pembahagian harta ini adalah sangat penting. Harta untuk anak angkat, anak luar nikah, anak susuan, tidak mempunyai anak lelaki misalnya antara isu pembahagian yang mesti diselesaikan sebelum mati.

Wednesday 26 February 2014

HONEYMOON BAJET

Seperti ramai berpendapat, kahwin itu sekali dan kalau boleh biarlah ia dilakukan dengan sempurna dan menarik. Justeru tiada istilah berjimat dalam majlis perkahwinan kerana semuanya perlu dibayar zaman sekarang. Walaupun untuk majlis kecil sekali pun, si pengantin perlu ada duit.

Selesai semua majlis, komitmen sebagai pasangan pengantin tidak terhenti di situ. Selain memikirkan soal rumah, tanggungjawab sebagai suami isteri dan rutin harian hidup bersama, sudah pasti berbulan madu atau percutian romantis tersenarai sebagai perkara wajib.

Terutamanya anak remaja dan pasangan muda yang sudah tentu akan menjadikan bulan madu itu sebagai satu kewajipan selepas berkahwin. Kononnya inilah hadiah untuk meraikan cinta mereka dan belum tahu lagi bila pula dapat berbulan madu selepas menimang anak.

Justeru soal berbulan madu akan menjadi masalah kepada pengantin jika wang simpanan sudah habis untuk melangsungkan majlis perkahwinan. Kebiasaannya si lelaki akan pening kepala untuk memastikan percutian bersama isterinya itu menarik.

Perlu diingat, menarik itu tidak semestinya mahal. Masih ada cara lain untuk menikmati keseronokan berbulan madu dengan kos yang rendah. Semuanya bergantung kepada anda untuk melakukan persediaan yang teliti.

Tidak perlu ke luar negara sebenarnya untuk berbulan madu kerana segala-galanya ada di Malaysia. Apa kata langkah pertama, fikir dengan teliti mengenai destinasi yang ingin anda pergi. Jika anda teringin untuk menaiki kapal terbang sekalipun, anda boleh menempah tiket ke Semenanjung atau ke Sabah dan Sarawak.

Kalau betul anda ingin membawa yang tersayang ke luar negara atau destinasi yang perlu menaiki kapal terbang, sudah tentu anda perlu tahu akan rangkaian penerbangan yang menawarkan harga diskaun rendah. Tempahan tiket penerbangan murah ditawarkan perlu ditempah setahun sebelum pemergian.

Dengan cara ini, anda akan dapat menjimatkan kos kewangan dan disimpan untuk perbelanjaan keperluan yang lain.

Perancangan itu penting. Selepas mengenal pasti destinasi yang anda ingin pergi, perlu untuk difikirkan mengenai bajet untuk setiap inci aktiviti di destinasi yang dipilih itu. Pilih destinasi bukan ikut selera mewah anda atau terpengaruh dengan keindahan lokasi itu kerana pertama sekali, anda perlu memikirkan soal perbelanjaan ke sana.

Elakkan waktu puncak untuk bercuti. Pilih tarikh selain dari tarikh cuti sekolah atau cuti awam di Malaysia. Ini kerana waktu ini harga penginapan akan menjadi lebih mahal. Buat tempahan awal kerana kadangkala anda akan mendapat harga promosi untuk tempahan awal penginapan serta pastikan ia digabungkan dengan sarapan pagi atau makan malam. Ini boleh mengurangkan sedikit bajet anda untuk makanan.

Tidak semestinya anda perlu membuat tempahan untuk hotel yang bertaraf lima bintang saja. Cuba untuk mendapatkan hotel yang berdekatan dengan kawasan pelancongan anda tapi masih mempunyai kelengkapan penuh. Hotel butik atau bertaraf tiga bintang memadai untuk anda bersama-sama pasangan, asalkan tidak melebihi bajet.

Seterusnya fikirkan soal pengangkutan. Jika anda mahu berbulan madu di negeri lain yang mempunyai jalan darat, menaiki kenderaan sendiri adalah alternatif yang paling bijak kerana ia akan memudahkan pergerakan anda di sana nanti.

Tapi jika anda memilih untuk menaiki kenderaan awam yang ada, contohnya kereta api, bas atau kapal terbang, kenal pasti tambang dan masa tersedia untuk memastikan anda dapat sampai ke destinasi tujuan. Beli tiket untuk pergi dan pulang sebagai persiapan awal.

Jika anda mahu lebih murah, anda boleh menaiki kenderaan awam seperti bas atau kereta api untuk melancong asalkan anda mampu bertahan berjam-jam di atas jalan. Anda bukan saja banyak berjimat tetapi boleh melihat keindahan di setiap perhentian.

Juga digalakkan untuk membuat tempahan awal dan semak maklumat pada tiket dengan betul untuk pengesahan masa dan tarikh.

Seterusnya, buat pemerhatian teliti kepada pakej percutian yang ditawarkan kerana ia jauh lebih murah dan mudah. Kenapa pakej lebih murah? Kerana tempahan tiket penerbangan merangkumi penginapan, kenderaan dan makanan. Malah, anda tidak perlu risau untuk keluar wang kerana semuanya sudah dibayar awal ketika anda menempah tiket.

Ketika karnival pelancongan diadakan terdapat banyak promosi yang dilakukan oleh pihak hotel atau ejen pelancongan berdaftar. Buat tempahan awal ketika karnival ini atau dapatkan maklumat daripada pihak mereka agar mudah untuk anda hubungi berkenaan maklumat dan pengesahan.

Jangan malu tawar menawar atau dapatkan pakej yang dikhaskan untuk pasangan berbulan madu.

Kemudian beli cenderahati yang tidak terlalu mahal dan mudah untuk dibawa pulang. Senaraikan berapa orang yang anda mahu hadiahkan dengan cenderahati nanti dan beli secara pukal atau banyak kerana peniaga akan mengurangkan harga jika anda beli secara pukal.

Sekali lagi jangan malu untuk menawar harga. Beli cenderahati yang sama dari segi harga agar tidak ada yang tersinggung nanti mengenai perbezaan cenderahati yang anda hadiahkan. Kedai yang hanya menjual cenderahati adalah sangat digalakkan untuk anda kunjungi kerana mereka mempunyai pelbagai pilihan dan menawarkan harga yang lebih berpatutan.

Tip untuk menjimatkan lagi perbelanjaan anda ketika berbulan madu adalah dengan sediakan barangan peribadi anda secukupnya agar tidak habis ketika berbulan madu. Ini untuk memastikan ketika anda melancong, jika anda tidak membawa barangan yang secukupnya, anda perlu membeli di sana dan ini adalah tidak digalakkan kerana harganya lebih mahal.

Sediakan semuanya untuk kuantiti yang kecil dan usah bimbang untuk berkongsi kerana anda mahu berbulan madu dengan si dia, berkongsi adalah lebih romantik dan dalam masa yang sama menjimatkan.

Kemudiannya, apa kata anda bawa bekalan makanan mencukupi yang boleh mengalas perut seperti roti atau semasa berbulan madu. Ini dapat mengurangkan perbelanjaan makanan yang mahal. Selalunya, wang percutian lebih banyak dihabiskan untuk sesi makan-makan.

Bukan semua destinasi mempunyai harga makanan yang murah lebih-lebih lagi jika mereka tahu anda seorang pelancong. Sebaiknya, tempah hotel atau apa saja penginapan yang ada menyediakan dapur. Memasak boleh menjimatkan wang makan anda.

Pilih pertukaran wang asing termurah. Jika anda melancong ke luar negara, elak menukar mata wang anda dalam saat terakhir. Tanya pendapat rakan di mana lokasi ejen tukar mata wang asing yang boleh memberi pertukaran yang baik dan menguntungkan sebelum anda berlepas.

Paling penting, jangan membawa terlalu banyak beg kerana ia akan meningkatkan kos bayaran untuk barangan anda. Sebaiknya, bawa barang yang penting saja.



Monday 6 January 2014

SEBAB-SEBAB PERLU MAAFKAN PASANGAN

Apabila pasangan anda melakukan sesuatu kesalahan, janganlah terlalu cepat dan kuat memarahi dia. Tenangkan diri dan maafkanlah dia. Jika anda tidak tahu bagaimana hendak memaafkan dia, anda boleh rujuk tujuh sebab kenapa anda perlu memaafkan pasangan anda di bawah.

Sebab pertama; Cinta.
Tiada guna anda mencintai pasangan anda jika anda tidak berupaya untuk memaafkan dia. Maafkanlah dia kerana cinta. Perasaan cinta bermakna anda sedia untuk menerima dia.

Sebab kedua; Anda perlukan dia.
Walaupun anda tidak perasan, anda sebenarnya perlukan dia dalam hidup anda.Maafkanlah dia kerana anda perlukan dia seperti mana dia perlukan anda utnuk mendidik kesalahan dia.

Sebab ketiga; Hadiah pada diri sendiri.
Memaafkan pasangan anda adalah satu hadiah untuk diri anda sendiri. Ini kerana apabila anda memaafkan kesalahan pasangan anda, anda sebenarnya sedang memberi peluang untuk anda berdua lebih kenal antara satu sama lain.

Sebab keempat; Matang dan kuat.
Apabila anda memaafkan pasangan anda, dia akan jadi lebih matang dan kuat. Selain itu, ia juga akan mematangkan diri anda sendiri. Ini kerana, memaafkan seseorang membolehkan anda untuk perbaiki diri sendiri dan beri peluang pada diri sendiri untuk mara kehadapan.

Sebab kelima; Anda juga tidak dimaafkan.
Tiada siapa yang tahu apa yang akan terjadi pada masa akan datang. Apabila anda tidak maafkan kesalahan pasangan anda, anda juga mungkin tidak akan di maafkan dia atau orang lain di masa akan datang. Anda perlu terima bahawa tiada manusia yang sempurna.

Sebab keenam; Tunjuk teladan yang baik pada anak – anak.
Anak – anak akan ikut telunjuk anda. Anda boleh jadi contoh dengan memaafkan kesalahan pasangan dan teruskan hidup dengan gembira tanpa ada perasaan dendam.

Sebab ketujuh; Hubungan akan berkekalan.
Maafkan pasangan anda dan pasti hubungan anda akan kekal untuk masa yang lama