Wednesday 27 November 2013

BENGKEL KERETA DI TERENGGANU

Sala satu bengkel kereta yang selalu sy kunjungi untuk servis kereta dan baiki kereta ialah bengkel PLANET SERVICES. Bengkel kereta ini terletak di LOT 546, KG PADANG LEBAN, BUKIT PAYUNG, 21400 MARANG, TERENGGANU. Pemilik bengkel tersebut dikenali dengan Chek atau Krol.

Bengkel tersebut menyediakan khidmat membaiki kereta dengan harga berpatutan. Antara servis yang biasa dilakukan oleh pelanggan disitu ialah tukar minyak hitam, filter, spark plug,bateri kereta, timing belt, clutch plat,fuel filter,gear oil,fuel filter,gear oil,brake fluid,radiator coolant dan aircond belt dan lain-lain jugak.

Selain itu, saya sangat berpuas hati dan yakin dengan kecekapan dan kemahiran yang dimiliki oleh pekerja-pekerjanya. Saya mencadangkan kepada pemilik2 kenderaan yang mempunyai masalah kerosakan kereta, jangan segan,jangan malu untuk kunjungi bengkel PLANET SERVICES.


                                                    servis di PLANET SERVICES

 Sebarang pertanyaan anda boleh email ke: azrindasabri@yahoo.com atau pm ke 
 fb:https://www.facebook.com/mohdkhairudin.mohdshakri.....

Monday 25 November 2013

JADUAL KEHIDUPAN


Dalam kehidupan perlu ada 'jadual kehidupan' atau pendek kata perancangan...semua perkara yg dilakukan perlu ada perancangan agar sesuatu perkara berjalan lancar dan tiada perkara buruk berlaku. Insyallah.

Dari tadika sampai bekerja dan bekerja sambil belajar plk,tiada yg mudah yg ku dapat selain merancang dan berusaha. Disini, bukan untuk mendabik dada cuma ingin berkongsi serba sedikit dari pengalaman.

Aku bukan seorang yang sangat pandai, sejak sekolah rendah dari dajah 3 dan 4...aku duduk kelas last sekali.....tp, aku berazam untuk berjaya dan aku berusaha. Dalam peperiksaan akhir darjah 4, aku mendapat no 1,dan naik kelas no.2 darjah 5. Darjah 5 plk,aku dpt no 1 plk,dan dapat naik kelas 1. Berada dikelas 6 Elit semakin bertmbah saingan dlm pelajaran dan aku berusaha jgn dpt 4A 1B dan aku bersyukur.

Masuk sekolah menengah, aku berada di tingkatan 1 KRK (Kelas Rancangan Khas)....dan aku merupakan salah seorg peminat sains dan matematik tetapi aku kurang gemar belajar subjek tersebut dalam bahasa Inggeris...so, result PMR aku kurang mengancam hanya dpt 3A 5B..belajar dan sukan seimbang,kerana aku turut aktif dalam bola baling dan bola tampar.....Di tingkatan 4 dan 5 aku berpindah ke SM TEKNIK TERENGGANU, tinggal di asrama...hah,waktu itu,masa aku byk hbis dengan tidur berbanding study...so,result pun 'tidur' kah,kah...(attention to my sis, tasha n ikah..this is for u also n not be like me).....

selepas SPM,aku bekerja sementara di TER(BOWLING) sbg lane attendan...disitu aku jgk dpt mengenali mcm2 org dan paling aku bersyukur bertemu dgn org bernama KAK ANI...dia  juga bekeja disitu...sebulan bekerja disitu, aku di tawarkan menyambung Diploma Pengajian Perniagaan di Politeknik Kota Bharu dan aku sgt bersyukur..tetapi masalah utama aku 'duit'..mana aku nak cari bayaran yuran yg x cukup dan aku x membebankan ibu bapa aku..so, kak ani mencadangkan kpd aku untuk minta dana belajar dari Yayasan Terengganu..aku memohon dan dpt RM700 untuk membayar yuran....bekerja di TER jgk lah aku pndai main bowling daripada x tahu apa2 pasal bowling.

Belajar di Politeknik Kota Bharu, byk perkara yg aku belajar selain akademik tetapi menguruskan kehidupan sendiri apabila berjauhan dgn keluarga....sepanjang belajar disana,pernah sekali aku dpt anugerah dekan dgn pointer 3.81....yg lain ada psang surut lah...kih,kih.....aku melibat diri dgn Sekretariat Rakan Muda dan aktif bowling hingga bertanding di kejohanan sukan pra sipma di Kuching,Melaka dan Pulau Pinang....dan last sem, kwn2 ku sibuk apply 'U', aku pun apply tp semua aku x hantar coz mmg dah niat aku nak bekerja tolong keluarga dan baru sambung belajar..that is my PLANNER....

Habis belajar di PKB, aku menolong ayah dan emak di Kedai Tayar selama 5 bulan...waktu itu jgk byk kerja2 yg aku apply dan last sekali aku apply Ladang Rakyat Treangganu. aku dipanggil temuduga di Cheneh,waktu tu jgk mak aku berada ditahan di wad Hospital Besar K.Terengganu. Aku pergi jgk temuduga dan lps 1 bulan aku dipanggil untuk bekerja.aku sgt bersyukur cuma di Cheneh merupakan tempat baru bagi aku dan x kenal sape2....tapi, aku tetap dengan keputusan utk bekerja. Syukur alhamdulilah sampai sekarang aku bekerja di Ladang Rakyat Trengganu dan aku sgt bersyukur kerana dpt membantu mak dan ayah aku plk.



Beberapa bulan bekerja, aku terus apply buat PJJ DI USM PINANG dlm kos Ijazah Sarjana Muda Kewangan, that is my planner befora aku graduate in Diploma, akhirnya aku dapat dan pergi belajar walaupun kene ambik cuti bekerja 3 minggu n stay in campuss ...ramai rakan2 baru yg kenali...kebanyakan yg bekerja gov.....tggal 3 tahun lagi pengajianku dan aku berharap aku mampu menghabiskan pengajian ku dgn baik.insyallah

bersambung....................................................






Tuesday 12 November 2013

TO BEAUTIFUL NOT TO SHARE



1.       TODAY BEFORE YOU SAY AN UNKIND WORD, THINK OF SOMEONE WHO CAN’T SPEAK

2.       BEFORE YOU COMPLAIN ABOUT THE TASTE OF YOUR FOOD, THINK OF SOMEONE WHO HAS NOTHING TO EAT

3.       BEFORE YOU COMPLAIN ABOUT YOUR HUSBAND OR WIFE, THINK OF SOMEONE WHO CRYING OUT TO GOD FOR A COMPANION

4.       TODAY BEFORE YOU COMPLAIN ABOUT LIFE, THINK OF SOMEONE WHO DIED TOO EARLY ON THIS EARTH

5.       BEFORE YOU COMPLAIN ABOUT YOUR CHILDREN, THINK OF SOMEONE WHO DESIRES CHILDREN BUT THEY’RE BARREN

6.       BEFORE YOU ARGUE ABOUT YOUR DIRTY HOUSE SOMEONE DIDN’T CLEAN OR SWEEP, THINK THE PEOPLE WHO ARE LIVING  IN THE STREETS

7.       BEFORE WHINING ABOUT THE DISTANCE YOU DRIVE, THINK OF SOMEONE WHO WALKS THE SAME DISTANCE WITH THEIR FEET

8.       WHEN YOU ARE TIRED AND COMPLAIN ABOUT YOUR JOB, THINK OF THE UNEMPLOYED, THE DISABLED AND THOSE WHO WISH THEY HAD YOUR JOB

9.       BEFORE YOU THINK OF POINTING THE FINGER OR CONDEMNING ANOTHER, REMEMBER THAT NO ONE OF US IS WITHOUT SIN

10.   WHEN DEPRESSING THOUGHTS SEEM TO GET YOU DOWN, PUT A SMILE ON YOUR FACE AND THINK YOU’RE ALIVE AND STILL AROUND

BAHASA BUDAYA KITA

Khas untuk mereka yg terlalu mementingkan bahasa lain sampai lupa bahasa negeri sendiri dan siap gelak ketawa apabila mendengar org yg sama negeri dgnnya bercakap bahasa negeri sendiri. Org begini boleh dilabelkan sebagai 'lupa daratan' dan tidak layak untuk tinggal dinegeri yg bahasanya diejek2....



 ‘Hang, depa, mu, aok, koi, demo, kawe, ambe’. Itu antara kata ganti diri yang sering kita dengar dalam loghat bahasa negeri seluruh Malaysia. Malangnya, ungkapan itu semakin kurang didengari kini khususnya dalam perbualan dalam kalangan anak muda. Kenapa?
Bukan mempersoalkan punca tetapi penulis ingin tahu kenapa penyakit malu melanda anak perantauan hingga mereka tidak mahu bertutur bahasa kenegerian masing-masing. Mungkin dengan menganggap persepsi masyarakat kota melabel sesiapa bertutur dalam bahasa loghat dikatakan kekampungan menjadi penyebab anak muda sekarang lebih gemar berbahasa baku walaupun bertemu kawan negeri sendiri.

Apa itu loghat
Loghat (loghat daerah, dialek atau bahasa daerah) ialah kelainan dalam sesuatu bahasa yang menjadi ciri sesebuah golongan tertentu dalam kalangan penutur bahasa itu. Istilah ini biasa digunakan untuk menghuraikan corak pertuturan setempat tetapi juga ditentukan oleh faktor lain seperti darjat sosial.
Menurut sumber, asalnya, istilah loghat berasal daripada perkataan Arab (l˙ga) yang bermaksud ‘bahasa’, sementara istilah dialek dipinjam daripada bahasa Inggeris melalui perkataan Yunani (dialektos) bermaksud ‘bahasa’ atau ‘perbualan’.

Di Malaysia, terdapat banyak loghat dan dialek yang berbeza-beza. Walaupun bunyinya berlainan dan kedengaran asing tetapi ia boleh dianggap sebagai warisan tinggalan nenek moyang sepanjang zaman.

Seperti Semenanjung Malaysia, terdapat loghat dan dialek yang biasa didengar. Ada dialek Timur iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang contohnya mung, ambo, kawe dan pelbagai lagi. Sementara di bahagian utara dan sedikit barat Semenanjung, Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan beberapa bahagian di Perak lebih mesra dengan loghat utara seperti hang, teman, chek, awok dan sebagainya. Tidak ketinggalan dialek Jawa yang banyak digunakan di Johor dan secebis kawasan di Selangor.


Malu cakap loghat sendiri?

Isu ini sering kita dengar malah ada dalam kalangan kawan sekeliling malu bertutur bahasa sendiri kerana takut diejek. Memang diakui jika bertutur dalam loghat kenegerian, masyarakat akan tahu tempat asal kita. Itu antara punca anak muda yang berhijrah ke bandar tidak mahu bercakap bahasa loghat sendiri walaupun baru sebulan menetap di kota.

Tak dinafikan jika bertemu dengan rakan sama negeri, secara automatik kita akan terus bertutur dalam loghat sendiri. Ditanya kenapa perkara ini berlaku, beberapa anak perantau yang berasal dari negeri berlainan berpendapat bukan ejekan yang menjadi punca loghat tidak dipraktikkan di ibu kota tetapi faktor komunikasi adalah sebab utama.

Komunikasi di sini bermaksud jika loghat menjadi bahasa seharian, ia tak semestinya difahami setiap orang apatah lagi loghat negeri yang sukar dimengerti seperti Kelantan atau Negeri Sembilan. Oleh demikian, dengan berbahasa baku dapat memudahkan lagi komunikasi dengan sesiapa saja tanpa mengira dari mana asalnya.

Kata mereka, ejekan daripada kawan sudah biasa bahkan ia ibarat gurau senda yang perlu ada setiap hari. Jika bukan ejekan, ada sebilangan rakan yang dilahirkan di bandar atau negeri lain berminat untuk belajar bahasa loghat membuatkan mereka terpaksa menggunakan bahasa baku untuk memudahkan perbualan.


‘Speaking’ lebih urban

Bagi sesiapa yang malu untuk bertutur dalam bahasa negeri masing-masing, ada pilihan lain untuk mereka. Bercakap dalam bahasa loghat tidak akan menampakkan seseorang itu urban tetapi ‘speaking’ atau gunakan bahasa rojak (campuran bahasa Melayu dan Inggeris atau Manglish) boleh naikkan aura seseorang. Itu antara mentaliti yang sering membelenggu anak muda.

Apa salahnya bertutur bahasa baku atau loghat negeri? Tak ada salahnya kerana ia bergantung kepada individu itu sendiri bagaimana dia melestarikan bahasanya. Di bandar, masyarakat sekeliling bertutur bahasa rojak secara tak langsung membentuk satu budaya dan mempengaruhi generasi muda.

Gaya moden di bandar raya sedikit sebanyak mendesak anak muda perantauan untuk belajar bahasa Inggeris sekali gus melupakan loghat sendiri. Semata-mata untuk kelihatan ‘stylo’ dan dipandang ‘up-to-date’, ada segelintir yang cuba sehabis baik untuk sembunyikan loghat masing-masing tetapi berusaha keras untuk ‘speaking’ walaupun menggunakan bahasa rojak.


Anda istimewa!

Loghat ibarat keistimewaan yang ada pada seseorang. Bagi anda yang bukan berasal dari ibu kota, perlu berasa bangga kerana boleh bertutur dalam banyak bahasa selain bahasa Melayu baku.

Tak semua penduduk di Malaysia tahu berbahasa loghat. Ada di antaranya yang suka mendengar loghat tertentu hingga sanggup belajar berbulan-bulan untuk fasih berbicara. Ternyata, setiap negeri dengan setiap loghat berbeza mempunyai auranya tersendiri. Walaupun ada yang sukar difahami dan susah disebut tapi percayalah, ia satu kelebihan kepada anda.

Sesuatu untuk kita berfikir. Tak kisahlah berasal dari Utara, Selatan, Timur, Barat atau orang Asli sekali pun, kalau kita generasi muda sendiri malu untuk bercakap loghat bahasa dengan bangganya, apa akan jadi dengan bahasa kita 50 tahun akan datang?