Jika ibu bapa memang saja2 je nak 
menyakiti hati anak, sama la situasinya.. itu juga dilarang.. kecuali la
 kalau ibu bapa tak berniat pun nak sakitkan hati anak, tapi anak tu yg 
terlalu sensitif.. tegur sikit dah tecit hati.. terus keluar rumah la, 
masam muka dengan mak ayah la..
Dalam Islam, hak ibu bapa itu lagi besar
 daripada hak anak2.. maknanya, tahap ibu bapa itu lagi tinggi.. jika 
seorang anak membunuh bapanya, maka anaknya itu boleh dikenakan hukuman 
qisas (bunuh balas).. tetapi jika bapa membunuh anaknya, maka bapa itu 
tak dikenakan hukum qisas.. sbb bapa itu dikira usul (tunjang) 
keluarga..
Begitu juga dalam bab harta.. anak2 
tidak boleh mengambil harta ibu bapa (spt yg banyak berlaku sekarang 
ni.. harta bapa ditukar nama, kemudian sang bapa dihantar ke rumah orang
 tua), tetapi bapa boleh mengambil harta anak2nya walaupun tanpa 
pengetahuan anaknya.. Kiranya untuk bapa ini, hartanya adalah hartanya, 
harta anaknya juga adalah hartanya.
Buat la baik mcm mana pun, ia langsung 
tak dapat menyamai kebaikan ibu bapa.. Jahat la ibu bapa macam mana pun,
 ianya tidak menghakis pengorbanan besar yg mereka telah lakukan 
terhadap anak2.
Jika kita sibuk memikirkan persoalan 
hati kita, pernahkah kita bayangkan persoalan hati ibu bapa? Kita bukan 
lahir2 1 2 jam dah boleh berjalan macam anak lembu.. ambil masa 
berbulan, baru bleh meniarap.. bertahun baru boleh berjalan.. bertahun 
juga baru bercerai susu dan lampin.. itu pun kerja dok terkencing atas 
tilam je masa mula2 belajar tak pakai pampers.. Siapa agaknya yg tolong 
basuhkan berak, cucikan pakaian dan tilam yg terkena najis anak2.. 
siapkan susu.. tak tido malam sbb anak2 menangis nak susu, nak ajak main
 dsb? Ibu tak terasa hati pun dengan semua tu, walaupun beliau masih 
lagi lemah (sbb darah nifas masih keluar), tido tak tentu masa.. semua 
tu dilakukan dengan penuh kasih sayang.. anak berak pun dikatakan 
comel.. berapa lama agaknya masa kasih sayang itu berterusan?
Bila kita dah besar sikit (dan 
sepatutnya menggalas tanggungjawab untuk membantu mengurus rumah), kita 
selalu sakit hati dengan kata2 ibu dan bapa.. padahal mereka cuma 
berkata2.. mereka tak kencing kat baju kita.. mereka tak suruh pun kita 
basuh punggung mereka.. mereka tak kencing merata2 nak buat kita susah 
nak cuci.. mereka juga tak minta kita suapkan makanan, pakaikan lampin..
 tolong buatkan susu tengah malam dsb..
Mereka cuma berkata2 je.. dan kebanyakan
 kata2 mereka itu memang betul dan kena tepat atas batang hidung kita.. 
itu yang buat kita tak puas hati.. sampai kita plak terasa nak 
membalasnya supaya ibu bapa sedar diri.. padahal sepatutnya yg kena 
sedar diri di sini adalah kita, bukan mereka.. sbb ibu bapa kedudukannya
 sangat tinggi, dan anak yg bertahap rendah ni tak payah la perasan dah 
cukup bagus untuk mengecilkan hati mereka.
Kalau bos bagi arahan kat pejabat, cepat
 je kita buat.. sbb kita sedar ‘tahap’ bos tu kat mana, ‘tahap’ kita ni 
kat mana.. Tapi kalau ibu bapa yg suruh dan bagi arahan, jangan kata nak
 buat, kita pertikaikan lagi.. kalau buat pun, dengan muka yg tak puas 
hati..
Kalau mak marah, apa salahnya kita diam 
dan dengar.. perangai mak2 memang macam tu.. Kadang2 kita tak tahu apa 
yg ditanggung oleh mak.. bila rumah tak kemas, mungkin ayah tengok dan 
marah kat mak.. sbb mak tak pandai nak urus rumah.. kita memang la tak 
tahu, sbb ayah marah mak dalam bilik.. jadi bila mak marah kita balik, 
memang padan la sbb yg buat sepah itu adalah kita sendiri.
Tak perlu nak kecik2 hati dengan mak.. 
jika betul kita sayangkan mak, kasih sayang itu lebih besar daripada 
rasa kecik hati kita.. mak buat apa pun, insyaAllah kita takkan terasa 
hati..
Bila mak marah, apa kata terus pergi 
peluk mak kuat2.. cakap kat mak “i love u”.. insyaAllah, akan terpadam 
la api kemarahannya.. dan mungkin beliau akan berkata : “Apa kao dah 
buang tebiat?”.. kihkih
kalau kita nak melihat dari sudut negatif, ianya memang nampak negatif. Tapi, kalau kita nak tengok dari sudut positif, insyaAllah, kita akan nampak sisi positifnya.
kalau kita nak melihat dari sudut negatif, ianya memang nampak negatif. Tapi, kalau kita nak tengok dari sudut positif, insyaAllah, kita akan nampak sisi positifnya.
Jadi, bila ibu ini lebih rapat 
dengan anak lelaki dan melebihkan mereka, ia sebenarnya lumrah seorang 
ibu terhadap anaknya.. bukanlah beliau tak sayangkan anak2 perempuannya,
 cuma mungkin caranya itu tak sama dengan layanannya kepada anak lelaki.
Bila ibu sakit, maka memang kebiasaannya
 anak perempuan yang akan menjaganya.. Ini kerana, ianya dapat menutup 
aurat ibu itu sendiri.. sbb anak perempuan itu akan melakukan perkara2 
yg agak memalukan bagi ibu seperti tolong basuk berak, tolong mandikan, 
pakaikan pampers dsb.. sebaliknya, jika bapa pula yg sakit, maka anak 
lelaki lebih patut untuk melakukan urusan penjagaan bapanya yang sakit 
itu.
Jadi, tidaklah boleh kita mempertikaikan
 atau mengungkit tentang ‘jasa’ kita menjaga ibu atau bapa bila mereka 
tidak menghargainya.. sedangkan pengorbanan yg mereka lakukan untuk kita
 (amik part mengandung dan beranak je.. belum masuk mendidik dan menjaga
 dari kecil sampai tua bangka) itu pasti tidak akan terbalas walaupun 
banyak mana jasa yg kita buat..
Susah2 kita menjaga ibu bapa yg sakit, 
tidaklah sampai mengancam nyawa kita sendiri.. sebaliknya, sang ibu itu 
bila melahirkan anak, beliau bertarung dengan nyawa demi untuk melihat 
kita lahir ke dunia hidup2.. sang ayah plak cuma setakat menolong 
mensenyawakan je.. takde kaitan dengan nyawa pun.. tapi, pengorbanan 
beliau mencari nafkah dan memberikan kasih sayang itu, memang tak mampu 
kita nak membalasnya.
Maka, dalam hal berkaitan ibu bapa ini, 
janganlah menjadikan mereka ini musuh kita.. pandanglah segala kebaikan 
yg pernah mereka lakukan kepada kita.. jagalah hati mereka.. kerana 
mereka ini cuma ada satu pasang je kat dunia ni.. tak mcm baju raya, 
bleh tempah 3 pasang.. langsir bleh tempah 18 pasang.. tapi, ibu bapa 
hanya ada sepasang.. hilang yg sepasang itu, memang dah takde gantinya..
Apalah sangat kita nak menahan perasaan 
kita (akibat tersinggung dengan perlakuan ibu / bapa) selama beberapa 
tahun lagi sementara mereka masih lagi hidup, berbanding dengan ganjaran
 yg akan kita perolehi di akhirat nanti.. di dunia lagi, insyaAllah, 
Allah akan tunjukkan bagaimana berkatnya hidup seseorang yang taat 
kepada ibu bapanya.


 
No comments:
Post a Comment