Kemahiran menguruskan wang, sama seperti kemahiran menjadi ibu bapa
tidak diajar di sekolah-sekolah mahupun universiti. Sedangkan kita mula
menguruskan wang sendiri sepenuhnya sejak memperoleh gaji / pendapatan
sendiri sehinggalah kita meninggal dunia kelak.
Berikut adalah 8 langkah untuk tuan puan yang serius menguruskan wang dengan bijak dan sistematik.
1. Mempunyai Matlamat Kewangan
Kita semua mesti tahu apa yang kita mahu. Apakah yang kita mahukan apabila menjelang usia persaraan yang barangkali lagi 10, 20, 30 tahun akan datang? Pengurusan kewangan yang baik membabitkan matlamat kewangan jangka masa panjang. Ibaratnya macam kita mahu menanam pokok durian.
Apabila kita mempunyai satu pandangan jauh, kita telah menetapkan langkah yang betul untuk berjaya. Kerana itulah Islam menyuruh kita berfikir mengenai mati, kerana keyakinan kita mengenai syurga neraka, kehidupan alam akhirat menyebabkan kita bersungguh-sungguh bekerja dengan penuh amanah di dunia.
2. Mempunyai Sumber Pendapatan yang Mencukupi
Dalam surah Yusuf, ayat 47 menyebut kepentingan menanam selama 7 tahun dengan bersungguh-sungguh.
Ya, dengan bersungguh-sungguh.
Dalam erti kata lain, sama ada kita makan gaji atau bekerja sendiri kita perlu benar-benar berjaya (termasuklah memperoleh gaji tinggi) dalam bidang kita. 7 tahun zaman senang itu tadi adalah untuk menghadapi 7 tahun zaman susah.
Jika kita tidak mempunyai pendapatan yang mencukupi maka kita tidak dapat menyimpan seterusnya mengumpul aset-aset kekayaan. Apakah mempunyai hanya satu sumber pendapatan telah mencukupi? Bagaimana kita dapat menambah pendapatan sampingan?
3. Simpan Sebelum Belanja
Ayat 47, surah Yusuf juga menyebut dengan jelas hasil-hasil tanaman itu tadi disimpan dalam bentuk tangkai, selepas menyimpan barulah selebihnya kita belanjakan untuk hidup. Kita perlu menangguhkan kepuasan terlebih dahulu.
Sekiranya kita membelanjakan semua pendapatan kita terlebih dahulu dan jika ada lebih baru kita mahu simpan, maka itulah langkah paling berkesan untuk mencipta masalah kewangan yang kronik.
4. Berbelanja dengan Bijak
Kita perlu mengenal pasti keutamaan perbelanjaan kita. Setelah kita menyelesaikan keperluan-keperluan asas hidup iaitu untuk makan, minum, pakaian, tempat tinggal, pendidikan, kesihatan maka kita perlu pastikan kita mengumpul aset-aset terlebih dahulu. Dalam hal ini, penyata kewangan memainkan peranan penting untuk kita menguruskan kewangan. Angka-angka dalam penyata kewangan dapat memberi petunjuk kepada kita sama ada pembelian ‘harta’ kita adalah bersifat aset atau pun liabiliti .
Penyata kewangan juga dapat menentukan sama ada kita patut menumpukan membaiki aliran tunai atau dapat fokus menambah aset-aset untuk tujuan capital gain.
5. Menguruskan Risiko Kewangan
Risiko adalah sesuatu yang tidak dapat dihapuskan sepenuhnya. Apa yang kita dapat buat adalah menguruskan risiko tersebut dengan efektif. Bagi kebanyakan orang, cara paling mudah menguruskan risiko kewangan adalah dengan membeli produk-produk takaful.
Dan untuk menjadi seorang yang betul-betul berjaya dalam pengurusan kewangannya, ilmu adalah sangat penting kerana produk takaful tidak mampu menguruskan semua risiko kewangan kita. Adakah ada produk takaful yang dapat melindungi kita dari inflasi, kejatuhan harga saham atau kemerosotan bisnes?
6. Membayar Zakat (… dan cukai!)
Zakat dan sedekah merupakan proses 3+1. Dengan banyak memberi, kita dapat menyucikan harta, melindungi harta dan mengembangkan harta sekaligus. Harta-harta yang kita beri ini sama sekali tidak berkurangan, malah semakin bertambah dengan cara yang Allah sahaja yang tahu.
Manakala cukai pula, suka atau tidak kita pasti membayarnya! Duit itulah yang membolehkan kerajaan memberikan kita jalan, sekolah, longkang, hospital dan keperluan lainnya … untuk rakyat.
7. Membuat Pelaburan yang Bijak
Simpanan yang kita telah buat itu adalah untuk dijadikan modal pelaburan. Tujuan pelaburan kita adalah untuk kegunaan menunaikan haji, tabung persaraan, tabung pendidikan anak-anak, tabung percutian dan apa-apa sahaja matlamat kewangan kita.
Kita perlu tahu menyusun strategi pelaburan dengan bijak. Sama seperti permainan bola sepak, ada strategi menyerang seperti 4-3-3, ada strategi bertahan sepeti 5-4-1 mahupun false-nine (4-6-0) berdasarkan kelas aset tertentu.
8. Membahagikan Harta
Setelah kita berjaya mengumpul harta, jangan lupa menyediakan exit strategy ini kerana kita semua pasti mati. Selain faraid, kita ada instrumen-instrumen tertentu seperti wasiat, hibah, wakaf yang dapat menentukan ke mana harta kita selepas mati.
Pembahagian harta ini adalah sangat penting. Harta untuk anak angkat, anak luar nikah, anak susuan, tidak mempunyai anak lelaki misalnya antara isu pembahagian yang mesti diselesaikan sebelum mati.

Gaji – simpanan = belanja.Mudah.

No comments:
Post a Comment