Hasad Dengki Adalah Haram
              Riwayat: 
Muslim        
Hadith: 
  Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda, “Jangan 
dengki-mendengki, jangan tawar-menawar untuk mengelirukan orang lain, 
jangan benci-membenci, jangan pulau-memulau dan jangan kamu membeli 
barang yang telah dibeli oleh orang lain. Jadilah kamu hamba Allah yang 
bersaudara. Orang Islam adalah bersaudara dengan orang Islam yang lain. 
Tidak boleh menzalimi, merendah-rendah dan menghinanya. Takwa adalah di 
sini, nabi mengisyarat tiga kali. Cukup seseorang itu dianggap jahat 
sekiranya dia menghina saudaranya sesama Islam. Setiap orang Islam ke 
atas orang Islam diharamkan darahnya, haratanya dan maruahnya (hak 
kemuliaannya).”
Huraian Hadith: 
- 
Orang Islam tidak boleh bersifat dengki-mendengki, benci-membenci dan pulau memulau antara satu dengan lain.
 
- 
Orang islam tidak boleh membuat spekulasi harga yang bertujuan menipu orang ramai dalam urusan perniagaan.
 
- 
Orang Islam berkewajipan menjaga kepentingan orang Islam yang lain.
 
- 
Hasad dengki adalah haram kerana seolah-oleh menentang ketentuan Allah SWT.
 
- 
Memulaukan saudara seagama dengan tidak bertegur sapa lebih daripada 
tiga hari adalah haram kecuali kerana sebab-sebab yang diharuskan.
 
- 
Islam ialah agama yang sempurna merangkumi aqidah, syariah (muamalah 
dan ibadah) dan akhlak, tidak sempurna salah satunya tanpa yang lain, 
kesemuanya terkumpul dalam satu kalimat iaitu “takwa” yang tempatnya 
ialah jantung hati.
 
 
No comments:
Post a Comment