Apabila pasangan anda melakukan sesuatu kesalahan,
janganlah terlalu cepat dan kuat memarahi dia. Tenangkan diri dan
maafkanlah dia. Jika anda tidak tahu bagaimana hendak memaafkan dia,
anda boleh rujuk tujuh sebab kenapa anda perlu memaafkan pasangan anda di bawah.
Sebab pertama; Cinta.
Tiada guna anda mencintai pasangan anda jika anda tidak berupaya
untuk memaafkan dia. Maafkanlah dia kerana cinta. Perasaan cinta
bermakna anda sedia untuk menerima dia.
Sebab kedua; Anda perlukan dia.
Walaupun anda tidak perasan, anda sebenarnya perlukan dia dalam hidup
anda.Maafkanlah dia kerana anda perlukan dia seperti mana dia perlukan
anda utnuk mendidik kesalahan dia.
Sebab ketiga; Hadiah pada diri sendiri.
Memaafkan pasangan anda adalah satu hadiah untuk diri anda
sendiri. Ini kerana apabila anda memaafkan kesalahan pasangan anda, anda
sebenarnya sedang memberi peluang untuk anda berdua lebih kenal antara
satu sama lain.
Sebab keempat; Matang dan kuat.
Apabila anda memaafkan pasangan
anda, dia akan jadi lebih matang dan kuat. Selain itu, ia juga akan
mematangkan diri anda sendiri. Ini kerana, memaafkan seseorang
membolehkan anda untuk perbaiki diri sendiri dan beri peluang pada diri
sendiri untuk mara kehadapan.
Sebab kelima; Anda juga tidak dimaafkan.
Tiada siapa yang tahu apa yang akan terjadi pada masa akan datang.
Apabila anda tidak maafkan kesalahan pasangan anda, anda juga mungkin
tidak akan di maafkan dia atau orang lain di masa akan datang. Anda
perlu terima bahawa tiada manusia yang sempurna.
Sebab keenam; Tunjuk teladan yang baik pada anak – anak.
Anak – anak akan ikut telunjuk anda. Anda boleh jadi contoh dengan
memaafkan kesalahan pasangan dan teruskan hidup dengan gembira tanpa ada
perasaan dendam.
Sebab ketujuh; Hubungan akan berkekalan.
Maafkan pasangan anda dan pasti hubungan anda akan kekal untuk masa yang lama
Monday, 6 January 2014
Tuesday, 17 December 2013
TWO THOUSAND AND FOURTEEN (2014)
Tinggal 13 hari lagi untuk 'bank in' 2014......so, apa matlamat dan visi anda semua.
Semua org harus ada matlamat dan visi setiap tahun, perubahan ke arah lebih baik. Lebih baik ada 'deadline' masing2....apa yg perlu fokus dan capai dahulu, dan apa yg boleh dikemudian kan. Yang penting jgn mudah berputus asa walau apapun dugaan yang datang, tabahkan hati dan banyak2 berdoa.
Erin share kalendar untuk rakan2 semua....

Sunday, 8 December 2013
Transitions® XTRACTIVE® Lenses
bagi mereka yg tgh mencari lenses terbaik, jom terjah....
Transitions® XTRACTIVE® Lenses
MORE ACTIVATION FOR ADDED PROTECTION
All day your eyes are bombarded by light. All day Transitions XTRActive lenses adapt to help protect your eyes from fatigue and strain caused by UV light and bright glare outdoors, and even activate behind the windshield. Indoors they have a comfortable hint of tint to shield your eyes from strain caused by harsh indoor light.- Activation behind the windshield of a car
- Comfortable hint of tint indoors to shield the eyes from harsh indoor light
- Our darkest lens outdoors, even in the hottest temperatures
- Block 100% of UVA & UVB rays
- Designed to work with most prescriptions and frames
TRANSITIONS® ADAPTIVE LENSES
OUR MOST BALANCED LENSES, ALL DAY EVERY DAY
These lenses are designed to quickly adapt from clear indoors to fully dark in brightest sun, offering a distinct advantage over clear lenses. But Transitions® adaptive lenses aren’t just about clear and dark, they continuously adapt to changing light so they’re always exactly the shade you need them to be.- Completely clear indoors and at night
- Fast fade back speed
- Block 100% of UVA & UVB rays
- Designed to work with most prescriptions and frames
- Suitable for any age including children
Sunday, 1 December 2013
Hati yang sihat, peribadi menjadi hebat.
KITA selalu mendengar orang berkata: “Hah, dia tu memang busuk hati.”
Atau mungkin juga kita pernah mendengar ungkapan ini: “Kau janganlah
lembut hati sangat, nanti kepala kau tu dipijak-pijakkannya.”
Demikian dua contoh bagaimana ujaran perkataan hati digunakan dalam masyarakat kita.
Hati bolehlah diibaratkan suis kepada pergerakan anggota badan yang lain.
Jika baik dan elok hati itu berfungsi maka akan baik dan cantiklah persembahan yang ditunjukkan oleh anggota badan lain.
Dengan kata lain, apa saja yang dilakukan manusia sama ada berbentuk kebaikan atau kemaksiatan, semuanya berpunca daripada hati.
Hati umpama raja yang yang mengarahkan seluruh anggota badan yang lain supaya mengikut perintahnya.
Abu Hurairah mengatakan: “Hati umpama raja dan anggota badan sebagai pengawalnya. Apabila raja memerintah dengan baik, pengawalnya tentulah bertugas dengan baik juga.
“Apabila rajanya melakukan sesuatu yang tidak baik, sudah tentu pengawalnya pun begitu juga.”
Rasulullah s.a.w juga banyak memperkatakan mengenai hati yang antara lain, tegas Baginda: “Ketahuilah sesungguhnya di dalam tubuh ada segumpal daging. Apabila ia baik, jadi baiklah seluruh badannya dan sekiranya buruk, maka buruklah semuanya. Ketahuilah ia adalah hati.” (Hadis direkod Bukhari dan Muslim)
Malah, jika kita teliti beberapa tokoh bukan Islam di Barat juga ada yang menyetujui bahawa hati memainkan peranan utama kepada sahsiah peribadi manusia.
Contohnya dalam buku yang berjudul ‘Heart, Self and Soul’ oleh Robert Frager mengungkap: “Hati adalah kuil yang Tuhan tempatkan dalam diri setiap manusia. Sebuah kuil bagi menampung percikan Tuhan di dalam diri kita.
“Kuil dalam diri kita itu lebih berharga daripada kuil yang paling suci di manapun di muka bumi ini. Oleh sebab itu, melukai hati manusia lebih besar dosanya berbanding merosakkan tempat suci di dunia ini.”
Anda setuju dengan pendapat beliau ini?
Sama ada kita bersetuju atau tidak dengan wacana fikir Frager berkenaan, apa yang jelas ialah hati menentukan perilaku manusia di muka bumi ini.
Semakin ramai manusia yang sakit dan rosak hatinya maka akan tergendalalah ketenteraman hidup masyarakat dan negara.
Ibnu Qayyim mengeluarkan pendapatnya mengenai hati manusia.
Kata ulama tersohor berkenaan, Allah menjadikan dua hati - satu yang malang dan satu yang selamat.
Dua hati yang malang itu adalah hati yang sakit dan hati yang kasar manakala hati yang selamat adalah hati yang tunduk kepada Tuhannya, tenang dan pasrah kepada Allah.
Jadi, marilah kita secara jujur memuhasabah diri bertanyakan diri sendiri, kita mempunyai hati yang bagaimana. Adakah hati kita sakit dan kasar atau hati kita sentiasa tunduk kepada Allah, tenang menghadapi perlikuan hidup dengan sifat mahmudah yang terpuji?
Andai kata selama ini hati kita bersarang kekotoran dan dipenuhi virus mazmumah, maka jangan kita berlengah lagi.
Ambil tindakan segera membetulkan kedudukan hati agar menjadi sihat dan bersih. Bagaimana kaedahnya kita merawati dan memulihkan hati?
Wahai saudaraku yang dirahmati Allah, dalam mengenal pasti pendekatan terbaik membaik pulih hati kita ialah dengan merujuk kepada apa yang pernah diutarakan oleh Imam Ibnu Qayyim al-Jauziyah.
Antara lain katanya: “Sebagaimana menjaga kekuatan tubuh yang memerlukan makan yang berzat maka menjaga kesihatan dan kekuatan hati juga memerlukan perkara yang sama.
“Tetapi makanan berzat dan penuh khasiat bagi hati ialah iman, zikir, solat, bersedekah ataupun perbuatan lain yang berupaya ketaatan kepada Allah.”
Seperti mana anggota tubuh, hati juga perlu dijaga kekebalannya supaya tidak mudah dihinggapi penyakit.
Kaedahnya adalah dengan menjauhi perbuatan yang mendatangkan dosa seperti maksiat, berdusta, berdengki khianat dan sifat mazmumah yang lain.
Untuk menjamin bahawa hati itu benar-benar sifar penyakit adalah dengan cara bertaubat, memperbanyakkan istighfar memohon keampunan kepada Allah.
Ini petua yang baik yang seharusnya kita jadikan panduan dalam usaha merawati hati.
Insya-Allah dengan istiqamah kita melakukan taubat dan melaksanakan amalan hati bersifat mahmudah, kita dilindungi Allah dari memiliki hati yang berpenyakit, kotor dan keras.
Walaupun hati tidak dapat dilihat dengan mata zahir namun tindakan yang terpercik pada perlakuan atau tingkah laku seseorang seperti sabar, berani, simpati dan empati.
Pemurah dan sifat mahmudah yang lain memberi tafsiran kepada kedudukan hati yang bersih dan sihat. Begitu jugalah dengan manifestasi perlakuan buruk seperti lekas pemarah, dengki, berburuk sangka, suka mengumpat dan apa sahaja sifat mazmumah mempamerkan seseorang itu berhati kotor dan berkarat.
Jadi, wahai saudaraku yang beriman, kita seharusnya menjaga hati agar sentiasa berada dalam keadaan yang baik, bersih dan sihat. Kita mesti memeliharanya sebagaimana kita menjaga dan memelihara anggota tubuh badan lain. Ini tidak, kesihatan tubuh badan zahir seperti kulit dan rambut misalnya bukan main lagi dijaganya.
Pantang tengok ada tompokan yang menjijikkan pada kulit, maka cemas dan risaulah. Macam-macam ubat dicari agar kulit menjadi sihat kembali.
Begitulah sayangnya kita kepada anugerah Allah berupa anggota tubuh badan zahir. Tetapi bagaimana pula dengan kesihatan hati ?
Kita sekali lagi meninjau apa yang dikatakan oleh Ibnu Qayyim, tetapi kali ini kita lihat dari sudut punca perosak hati pula.
Kata beliau, terdapat lima faktor yang akan merosakkan hati seseorang manusia. Pertama katanya, ialah akibat daripada gaya pergaulan yang tidak bermanfaat. Ini bermakna segala pergaulan yang sia-sia dan membuang masa bermakna akan memberi kesan negatif kepada kesuburan hati.
Kedua ialah angan-angan berpanjangan, diikuti faktor ketiga iaitu bergantung pada selain Allah.
Penyebab seterusnya berpunca daripada perut yang kenyang dan terakhir kata Ibnu Qayyim ialah banyak tidur.
Demikian pentingnya kita sebagai hamba Allah sentiasa menjaga hati agar perwatakan peribadi sejajar dengan kehendak agama. Ingatlah, hati yang sihat, peribadi menjadi hebat.

Ini menunjukkan hati merupakan alat atau organ paling isitimewa
sehingga banyak kata bidalan atau pepatah yang menggunakannya sebagai
lambang kepada situasi manusia dan untuk menunjukkan watak seseorang.

KAD KAHWIN
Pemilihan kad kahwin adalah salah satu persiapan perkahwinan. Ada yang mahu memilih kad yang mahal dan ada yang nak save bajet kad kahwin, dia pilih yg murah. Atas kepuasan dan kemampuan masing2.
Tidak salah yang ingin memilih kad yang mahal, mungkin dia inginkan jadikan kenangan dan juga dia mampu memilih kad yang mahal. Sekarang bulan Disember, terdapat promosi kad kahwin di internet dan di kedai2.
Cuma sy nak share dgn kawan2 yang tengah pening2 lalat mencari kad kad kahwin bajet mcm sy, anda boleh melayari web ini www.srcreative.com.my ,kerana terdapat promosi bulan Disember untuk 2014
Just sharing.........................
gambar hiasan

Wednesday, 27 November 2013
BENGKEL KERETA DI TERENGGANU
Sala satu bengkel kereta yang selalu sy kunjungi untuk servis kereta dan baiki kereta ialah bengkel PLANET SERVICES. Bengkel kereta ini terletak di LOT 546, KG PADANG LEBAN, BUKIT PAYUNG, 21400 MARANG, TERENGGANU. Pemilik bengkel tersebut dikenali dengan Chek atau Krol.
Bengkel tersebut menyediakan khidmat membaiki kereta dengan harga berpatutan. Antara servis yang biasa dilakukan oleh pelanggan disitu ialah tukar minyak hitam, filter, spark plug,bateri kereta, timing belt, clutch plat,fuel filter,gear oil,fuel filter,gear oil,brake fluid,radiator coolant dan aircond belt dan lain-lain jugak.
Selain itu, saya sangat berpuas hati dan yakin dengan kecekapan dan kemahiran yang dimiliki oleh pekerja-pekerjanya. Saya mencadangkan kepada pemilik2 kenderaan yang mempunyai masalah kerosakan kereta, jangan segan,jangan malu untuk kunjungi bengkel PLANET SERVICES.
servis di PLANET SERVICES
Sebarang pertanyaan anda boleh email ke: azrindasabri@yahoo.com atau pm ke
fb:https://www.facebook.com/mohdkhairudin.mohdshakri.....

Monday, 25 November 2013
JADUAL KEHIDUPAN
Dalam kehidupan perlu ada 'jadual kehidupan' atau pendek kata perancangan...semua perkara yg dilakukan perlu ada perancangan agar sesuatu perkara berjalan lancar dan tiada perkara buruk berlaku. Insyallah.
Dari tadika sampai bekerja dan bekerja sambil belajar plk,tiada yg mudah yg ku dapat selain merancang dan berusaha. Disini, bukan untuk mendabik dada cuma ingin berkongsi serba sedikit dari pengalaman.
Aku bukan seorang yang sangat pandai, sejak sekolah rendah dari dajah 3 dan 4...aku duduk kelas last sekali.....tp, aku berazam untuk berjaya dan aku berusaha. Dalam peperiksaan akhir darjah 4, aku mendapat no 1,dan naik kelas no.2 darjah 5. Darjah 5 plk,aku dpt no 1 plk,dan dapat naik kelas 1. Berada dikelas 6 Elit semakin bertmbah saingan dlm pelajaran dan aku berusaha jgn dpt 4A 1B dan aku bersyukur.
Masuk sekolah menengah, aku berada di tingkatan 1 KRK (Kelas Rancangan Khas)....dan aku merupakan salah seorg peminat sains dan matematik tetapi aku kurang gemar belajar subjek tersebut dalam bahasa Inggeris...so, result PMR aku kurang mengancam hanya dpt 3A 5B..belajar dan sukan seimbang,kerana aku turut aktif dalam bola baling dan bola tampar.....Di tingkatan 4 dan 5 aku berpindah ke SM TEKNIK TERENGGANU, tinggal di asrama...hah,waktu itu,masa aku byk hbis dengan tidur berbanding study...so,result pun 'tidur' kah,kah...(attention to my sis, tasha n ikah..this is for u also n not be like me).....
selepas SPM,aku bekerja sementara di TER(BOWLING) sbg lane attendan...disitu aku jgk dpt mengenali mcm2 org dan paling aku bersyukur bertemu dgn org bernama KAK ANI...dia juga bekeja disitu...sebulan bekerja disitu, aku di tawarkan menyambung Diploma Pengajian Perniagaan di Politeknik Kota Bharu dan aku sgt bersyukur..tetapi masalah utama aku 'duit'..mana aku nak cari bayaran yuran yg x cukup dan aku x membebankan ibu bapa aku..so, kak ani mencadangkan kpd aku untuk minta dana belajar dari Yayasan Terengganu..aku memohon dan dpt RM700 untuk membayar yuran....bekerja di TER jgk lah aku pndai main bowling daripada x tahu apa2 pasal bowling.
Belajar di Politeknik Kota Bharu, byk perkara yg aku belajar selain akademik tetapi menguruskan kehidupan sendiri apabila berjauhan dgn keluarga....sepanjang belajar disana,pernah sekali aku dpt anugerah dekan dgn pointer 3.81....yg lain ada psang surut lah...kih,kih.....aku melibat diri dgn Sekretariat Rakan Muda dan aktif bowling hingga bertanding di kejohanan sukan pra sipma di Kuching,Melaka dan Pulau Pinang....dan last sem, kwn2 ku sibuk apply 'U', aku pun apply tp semua aku x hantar coz mmg dah niat aku nak bekerja tolong keluarga dan baru sambung belajar..that is my PLANNER....
Habis belajar di PKB, aku menolong ayah dan emak di Kedai Tayar selama 5 bulan...waktu itu jgk byk kerja2 yg aku apply dan last sekali aku apply Ladang Rakyat Treangganu. aku dipanggil temuduga di Cheneh,waktu tu jgk mak aku berada ditahan di wad Hospital Besar K.Terengganu. Aku pergi jgk temuduga dan lps 1 bulan aku dipanggil untuk bekerja.aku sgt bersyukur cuma di Cheneh merupakan tempat baru bagi aku dan x kenal sape2....tapi, aku tetap dengan keputusan utk bekerja. Syukur alhamdulilah sampai sekarang aku bekerja di Ladang Rakyat Trengganu dan aku sgt bersyukur kerana dpt membantu mak dan ayah aku plk.
Beberapa bulan bekerja, aku terus apply buat PJJ DI USM PINANG dlm kos Ijazah Sarjana Muda Kewangan, that is my planner befora aku graduate in Diploma, akhirnya aku dapat dan pergi belajar walaupun kene ambik cuti bekerja 3 minggu n stay in campuss ...ramai rakan2 baru yg kenali...kebanyakan yg bekerja gov.....tggal 3 tahun lagi pengajianku dan aku berharap aku mampu menghabiskan pengajian ku dgn baik.insyallah
bersambung....................................................
Subscribe to:
Posts (Atom)