Apabila pasangan anda melakukan sesuatu kesalahan,
janganlah terlalu cepat dan kuat memarahi dia. Tenangkan diri dan
maafkanlah dia. Jika anda tidak tahu bagaimana hendak memaafkan dia,
anda boleh rujuk tujuh sebab kenapa anda perlu memaafkan pasangan anda di bawah.
Sebab pertama; Cinta.
Tiada guna anda mencintai pasangan anda jika anda tidak berupaya
untuk memaafkan dia. Maafkanlah dia kerana cinta. Perasaan cinta
bermakna anda sedia untuk menerima dia.
Sebab kedua; Anda perlukan dia.
Walaupun anda tidak perasan, anda sebenarnya perlukan dia dalam hidup
anda.Maafkanlah dia kerana anda perlukan dia seperti mana dia perlukan
anda utnuk mendidik kesalahan dia.
Sebab ketiga; Hadiah pada diri sendiri.
Memaafkan pasangan anda adalah satu hadiah untuk diri anda
sendiri. Ini kerana apabila anda memaafkan kesalahan pasangan anda, anda
sebenarnya sedang memberi peluang untuk anda berdua lebih kenal antara
satu sama lain.
Sebab keempat; Matang dan kuat.
Apabila anda memaafkan pasangan
anda, dia akan jadi lebih matang dan kuat. Selain itu, ia juga akan
mematangkan diri anda sendiri. Ini kerana, memaafkan seseorang
membolehkan anda untuk perbaiki diri sendiri dan beri peluang pada diri
sendiri untuk mara kehadapan.
Sebab kelima; Anda juga tidak dimaafkan.
Tiada siapa yang tahu apa yang akan terjadi pada masa akan datang.
Apabila anda tidak maafkan kesalahan pasangan anda, anda juga mungkin
tidak akan di maafkan dia atau orang lain di masa akan datang. Anda
perlu terima bahawa tiada manusia yang sempurna.
Sebab keenam; Tunjuk teladan yang baik pada anak – anak.
Anak – anak akan ikut telunjuk anda. Anda boleh jadi contoh dengan
memaafkan kesalahan pasangan dan teruskan hidup dengan gembira tanpa ada
perasaan dendam.
Sebab ketujuh; Hubungan akan berkekalan.
Maafkan pasangan anda dan pasti hubungan anda akan kekal untuk masa yang lama