Tuesday, 29 October 2013

JOM KENALI PASANGAN ATAU RAKAN ANDA

Siapa mampu meneka karakter seseorang individu dengan tepat. Lain orang sudah tentu berlainan personaliti dan perwatakan diri. Justeru, sejauh mana kita kenal seseorang itu termasuk keluarga sendiri, ada juga terselit sekelumit jiwanya yang tidak mampu kita fahami dengan sempurna.
Kalau dilihat daripada prospek kawan dan sahabat, aspek keserasian dan persefahaman adalah kunci utama yang mengakrabkan lagi antara dua pihak. Kerana persamaan karakter dan minat, dua individu itu menjadi baik.
Tapi serapat mana sekalipun dua kawan itu, sudah tentu ada juga perbezaan baik dari sudut pendapat mahupun personaliti yang mungkin mengundang rasa kurang selesa kepada pihak satu lagi.

Namun sebagai sahabat, sudah tentu kita berpegang pada prinsip menerima seadanya baik dan buruk seseorang itu.

Bagaimanapun jika kerap berlaku perselisihan faham dan pendapat, itu bermakna keserasian sudah mula pudar dan ia petanda negatif untuk sesebuah hubungan persahabatan.

Apa kata kita faham dengan sebaiknya sikap dan karakter sahabat kita agar perselisihan faham atau perbezaan pendapat itu dapat dikurangkan. Pertama sekali kita harus kenal siapa diri kawan kita.

Hippocrates, seorang pakar ilmu dari Yunani membahagikan peribadi manusia kepada empat jenis iaitu Sanguine, Phlegmatic, Choleric, dan Melancholic. Setiap keperibadian ini mempunyai unsur-unsur perwatakan yang berbeza baik dari segi positif mahupun negatif.

Gen Y melihat empat karakter asas manusia ini mampu memberi idea terbaik dalam kita mengenali siapa sebenarnya kawan baik kita itu.


1. Sanguine

Ini adalah jenis manusia pertama yang dijelaskan menerusi teori bijak pandai Yunani ini. Individu jenis ini mempunyai ciri-ciri dan perwatakan diri seperti senang diajak berbual, ekspresif, bersemangat, emosional, mudah berkawan, periang, suka jadi pusat perhatian, yakin diri dan suka membantu.

Individu jenis Sanguine adalah serasi dengan Choleric dan kebiasaannya berbeza pendapat dengan Melancholic.

Kalau melihat pada karakter diri individu jenis ini, sudah tentu orangnya begitu bagus dan komited terhadap kerjanya selain punya perancangan besar dalam merencanakan masa depannya.

Namun ada kalanya individu jenis ini lebih mudah terkesan jika diberi tekanan. Justeru, jika sahabat anda tergolong dalam perwatakan ini, apa yang patut anda lakukan adalah dengan memberi sokongan berterusan agar dia lebih bersemangat mengerjakan tugas yang di berikan sehingga siap.

Individu ini mudah tertekan jika terlalu lama melakukan sesuatu. Jadi sekiranya kamu nampak dia seakan tertekan sewaktu sedang membuat tugasan atau sesuatu kerja, apa kata ajak dia berehat sebentar untuk mengembalikan semangat itu.

Bila individu ini meminta pendapat atau pandangan, berikan yang terbaik padanya dan biarkan dia membuat keputusan sendiri kerana kebiasaannya individu jenis ini dia sudah punya jawapan dan penyelesaian namun menguji untuk melihat dirinya dihargai atau pun tidak.

Sanguine suka dipuji, jadi cuba sesekali kamu memuji kecantikan dan kebijaksanaan yang dia miliki.


2. Melancholic

Jenis individu kedua ini pula lebih menarik dengan memiliki ciri-ciri seperti tekun, serius, teratur, menyukai kesempurnaan, mudah terharu, tidak suka menjadi pusat perhatian, pemalu dan pasif.

Individu jenis ini sangat sepadan dengan Phlegmatic dan selalunya berbeza pendapat dengan Sanguine.

Harus diingat, individu ini sebenarnya sangat sensitif dan mudah tersinggung dengan sebarang reaksi yang kurang berpihak kepadanya. Jadi hati-hati sewaktu berkata-kata dan bergurau dengan individu ini.

Individu ini sering memandang sifat negatifnya berbanding positif. Jadi apa salahnya jika kamu sentiasa ingatkan mengenai kelebihan dirinya agar semangatnya tidak terus tenggelam. Malah sebagai sahabat, tindakan kamu dengan membantunya meyakinkan diri adalah sangat baik.

Kalau dia cuba meluahkan apa terbuku di hatinya, cuba kamu dengar dengan penuh fokus dan fahami perasaannya. Apa yang diluahkan adalah sesuatu yang penting memandangkan individu jenis ini begitu pendiam dan sukar mempercayai orang dengan mudah.

Jangan sesekali bermain dengan ‘moodnya’ kerana dia pasti akan ‘moody’ seharian.


3. Choleric

Individu jenis ketiga ini pula mempunyai karakter hebat khususnya jika dia adalah lelaki. Individu ini adalah mempunyai ciri-ciri pemimpin, aktif, bercita-cita tinggi, tegas, berdikari, berani, emosional dan berkeyakinan tinggi.

Individu ini jenis yang sangat sepadan dengan Sanguine dan selalu berbeza pendapat dengan Phlegmatic.

Jika individu jenis ini adalah gadis, sifatnya seperti ibu-ibu yang ada kalanya kuat membebel. Sekiranya dia menegur kamu, pekakkan telinga saja, niatnya sebenarnya baik kerana dia mahukan yang terbaik untuk kamu.

Bila sedang berdebat dengan individu ini pastikan kamu bijak mengawal emosi kerana pandangan dan pendapatnya sangat tajam selari dengan pendiriannya yang ingin ideanya itu diterima semua pihak.

Bila dia meminta pandangan kamu, terus terang saja. Jangan cuba putar-putarkan kata-kata atau berlapis-lapis kerana individu jenis ini mahukan pandangan yang tepat dan telus bukannya penuh teka-teki.


4. Phlegmatic

Mungkin jenis yang paling mudah dibawa berkawan, individu yang tergolong pada perwatakan ini adalah mereka yang ‘cool’ dan tenang. Mereka begitu rendah diri dan tidak banyak bercakap.

Paling menariknya, individu ini juga jenis yang penyabar dan sukar dijangka. Tapi yang mungkin kurang ‘best’, individu ini jenis yang senang mengatakan ‘YA’ walaupun terpaksa memaksa diri.

Phlegmatic sangat sepadan dengan Melancholic dan selalunya berbeza pendapat dengan Choleric.

Kalau anda ingin memahami sahabat anda yang tergolong dalam jenis perwatakan ini, jangan terlalu tegas bila menasihatinya kerana mungkin sikapnya yang penyabar dan ‘cool’, dia hanya menelan saja walaupun nasihat itu menyinggung perasaannya.

Sentiasa bantu dirinya untuk membuat keputusan dan mencapai cita-cita. Sekiranya kamu memerlukan pendapat dan pandangan, individu Phegmatic sedia membantu kamu kerana mereka jenis yang ingin melihat orang lain tidak berada dalam kemelut atau masalah.

Sentiasa mengajak sahabat kamu yang kebetulan tergolong dalam jenis Phlegmatic untuk dirinya melakukan aktiviti di dalam dan luar sekolah atau kerja. Jangan biarkan individu ini keseorangan.

Sunday, 27 October 2013

SLIM DAN KULIT YG CANTIK

ini adalah produk ke-2 yg sy try....selain utk slim, produk ini jgk utk kulit....ini merupakan makanan tambahan selain makanan asas kita.....rasanya ala-ala starwberi....mmg ada perubahannya.....


jom lihat gambar-gambar yg telah terbukti berkesan......




SESIAPA BERMINAT, SMS ERIN 013-9864382
HARGA BERPATUTAN DAN ADA GIFT....

Wednesday, 9 October 2013

KATA-KATA NASIHAT DARI CIK ZA, UIN SUSKA RIAU


Kata-kata dibawah memang begitu indah dan hayatilah rakan2....sedikit perkongsian....



Bersangka baik kunci sesuatu Ikatan. Jangan berkecil hati jika org lainsalah faham kpd kita. Kerana Allah faham akan isi hati kita. Jangan gusar jika ada yang menghakimi kita,kerana tiada hakim sebaik Allah

Semua jawatan akan bersara, hanya jawatan sebagai hamba Allah yang tiada tempoh persaraan. Lahir sbg hamba, Mati juga sebagai hamba.

Kita tercari-cari cinta padahal kita tidak sedar cinta yg kita cariselama ini bersemadi dihati kita. Iaitu cinta kepada Ilahi




Tuesday, 8 October 2013

BERSABAR DAN TERUS BERSABAR...SERTA BERDOA

Sy mmg jarang update blog, yg kerapnya update FB je...sbb senang link...apa2 pun pagi ni mcm ada mood lbh skit je nak update...hehehe

Sebenarnya, kehidupan kita ni byk ujian, samada ujian itu kecil atau besar, mmg ada ujian dari Allah s.w.t. Apa yg perlu kita lakukan,harungi dengan penuh kesabaran dan jgn lupa berdoa. Insyallah....

Kadang2 kita buat sesuatu perkara dengan jujur dan seikhlas hati, tapi ada plk manusia yg melabelkan seseorg yg buat ikhlas dan jujur itu sbg 'LURUS BENDUL'...anda rasa patut atau x ?yg tu anda jawab dlm hati ye.....(hihihi)

Sbb kadang2 org yg bercakap tu,dia x rasa apa yg org itu rasa.....dia main ckp je...dan kalau org sembur dgn kata2 yg pedas...nanti dia pun tahu nak mrh...(ke x marah mak peah wei?)huhuhu

Satu lagi, ada rakan anda pesan,yg ni jgn bagitau org eh.....last2 anda jumpa kawan karib anda,anda pun cerita kat dia......mcm mihah propa lah...anda boleh dengar kat sini,anda boleh dgr kat sana....lps tu anda pun propa2 sampai porak peranda insan itu dengan insan lain.....anda mesti bertepuk tgn dgn geng2 'santan-santan' anda kan?apa2 pun,tahniah diucapkan

Penyakit yg satu lagi ni, anda suka tgk org lain 'sakit'...sbb anda pun sakit...sakit hati kat org....lps tu,bila org tu jatuh sakit hati disebabkan virus yg anda sebarkan....melarat sampai parah....hahaha.mmg anda menari2 'breakdance' lah atas kerusi empuk anda itu...huhuhu....

last kali sy nak pesan kpd mana2 majikan yg urusniaganya yg x shift, bgi lah peluang cuti hujung minggu pekerja anda sama dgn cuti familynya yg bekerja yg lain. Contohnya, hujung minggu di pantai timur JUMAAT DAN SABTU, anda bgi lah kat dia off hari itu dan kalau x pun,bglag Jumaat saja atau Sabtu saja,...please,please....kesian kat diaorg.u ada family, diaorg pun ada family lah........dont be a selfish.....


Monday, 7 October 2013

OKTOBER 2013- ANNISA

SESIAPA BERMINAT ISI FORM/WHATSAP 0139864382
PEMBELIAN BORONG SHJ..MINIMA 6 HELAI
6 HELAI RM 230.00

                                                                  BLG01
                                                              BLG02
                                                           BLG 03
                                                            BLG 04
                                                           BLG05
                                                           BLG06
                                                                  BLG06
                                                                 BLG07
                                                             BLG08
                                                            BLG09
                                                                  BLG10
                                                                 BLG11